Sunday, 29 November 2015

[ MEMANFAATKAN CUTI MID SEM ]

      Cuti seminggu je? jadi apa lagi . memang memanfaatkan dengan betul-betul lahhh. heeee. 

PERTAMA  !


APA NI ??? mesti tak tahu kann ?? ni kat tempat zira orang panggil ....
"MEE RACUN"

Mesti rasa takut nak makan bila dengar namanya macam tu. Tapi sebenarnya okay je. sedaaappppppp sangatttt . . tteringin , tu yang cari benda ni . YUMMMMMMYYYYYYYYYY. ..
mahu cuba ? Mai laaa BATU PAHAT !!! rasa sekali mesti nak rasa lagi taw. Tengok gambar pun terliurrrr kan , Apatah makannnn . . Pasti anda puas hati . 


KEDUA !


Sememangnyaaa rindu tempat kerja lamaaa dulu. Apa lagi . Datang sana. tup tup tup ada ARTIS pulakkk. . .Siapa laaa pulak artis tu kan? Pelawak dari ahli kumpulan ZERO laaa. trademark group dia orang cam ni. BERAKSI PANTANG MUNDUR . TU je laaa yang zira ingat . HAHAHA.
BOSS ajak gambar sama-sama . apa lagi . layankan jelaaa, Sekarang tak sabar nak tengok cawangan kedai lagi satu , LEZZO CONTAINER. mesti cantikkkk. .jap jap . cam ada gambarnya . jap eaa. 


ambik kau. meriahhhh nyaaa. tak sabar tunggu 19/12 ni .yeaahhhhh :)


Tunggu zira dan ika mai taw BOSSS !!

KETIGA !



#with#raziq



#with#zayyan#busyukk

         Dapat layan 2 insan anak buahhh ucu ni...
Alahaaiii dah laaa dua2 ni HEROOOO .. Ponadddd ucu tahu layan . masing-masing tengah ligat . AKTIF betul laaa budak-budak sekarang ni. tapi yang paling penting dua2 ni bijakk IT. Pantang dapat telefon , pandai je nak bukak. .
SELFIE pun tahu ek kecil-kecil. Apa pun ucu happpyyyy taw. Dapat jumpaa......pelukkkkkk......ciummmm...... korang . Umur dah laa lebih kurang je. .Haiyaaaa. . 

Ucu RINDU nantiiii. . Tak apa .ada rezeki atau cuti nanti , ucu balikkkk . ucu ciommmm puas-puas. hehehehe. . . SAYANGGG ZAYYAN + RAZIQ . .

*mulut masing-masing macam mak nenek daaaa.

KEEMPAT !




Insan-insan dari sekolah menengah yang sempat dan ada untuk jumpa,

   Rindu budak satu kelas duluuuuu.. . Tapi yang ni je adaaa untuk jumpaaa..
Walaupun jumpa sekejap je . . Tapi berbaloi laaa jugaaakkkk.

Zira sayang korangg. . #anjemomo#era#layaa

*cuti lagi kita jumpa okayy. .muahmuahmuah :)



Saturday, 28 November 2015

{SAMBUTAN HARI JADI}
{PENGARANG JANTUNG HATI ZIRA}




^SELAMAT ULANG TAHUN  KELAHIRAN IBUNDA TERCINTA <3
PUAN RUZAIDA BINTI JUFFRI ^

  Pada tanggal 9 November , telah jatuh hari ulang tahun kelahiran si pengarang jantung hati adikk.. 
Kami menyambut bersama-sama dengan sepupu zira yang paling muda iaitu MUHAMMAD EMIR ZAHRIN dimana mempunyai tarikh yang sama dengan mak. Sambutan yang agak kecil-kecilan sahaja antara 2 buah keluarga ini sahaja. Ini antara hidangannya. 






    MAK  adalah insan yang tersangat istimewa dalam hidup adik taw. Tanpa mak, adik tak tahu lah macam mana. Mak adalah seorang yang sangat2 memahami adik. Kita macam kawan pun ada. Segala cerita mesti asik akan kongsikan kat mak. Best kalau dapat luahkan kat mak. Rasa lega je semua.Kalau adik tengah susah, mak mesti ada, YOU'RE THE BEST MOTHER IN THE WORLD !. 
Apa2 pun adik doakan mak selalu diberkati dan dirahmati ALLAH , dipanjangkan umur untuk kebajikan di dunia ini, dimurahkan rezeki , bahagia di samping orang2 sekeliling, sentiasa tabah dalam menghadapi setiap dugaan , sentiasa ada kalau adik perlukan, dan berjaya dalam hidup di dunia mahupun di akhirat kelak .AMINNN. 


LAST !!!!!!! ADIK SAYANG MAK SANGAT2 !!!!!  Tak pernah tak rindu mak taw. sebab kita terlalu rapat . ahhhh rindu pulak tetiba rasa sekarang . OPSS..  











MUAHMUAMUAHMUAMUAMUAH LAAA KAT MAKK !!! HUHUHU 
#nakpelokkk



    

Sunday, 22 November 2015

KONVOKENSYEN + JALAN-JALAN

     Pada cuti mid sem tempoh hari, zira dan sepupu2 zira iaitu ika, hafiz, boy dan daus pergi ke Melaka. Kami menuju ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM ) di Lendu, Melaka. Dimana, majlis konvokensyen untuk pelajar Diploma. Terasa laa feel yang macam kita pulak yang konvo kan. HAHAHA. Tengok ni. 



  
     Hikhik. acah-acah berangan dapat bunga . Tak apa zira InsyaAllah 3 atau 4 tahun lagi ada orang pulak yang kasik kat kita . HEHE bestnyaaaa . Tak sabarnyaaaaaaa........
Next ??






    Ni pun satu inspirasi laaa topi  oiii . alahaiiii seronoknya memakai nya walau orang punya kan. HAHA . tak apa laaa ambil berkat . InsyaAllah lekat kat diri dan konvo dengan results gempakk yoooo. AMINNNN..



      Mesti pelik kan kiteorang ni konvo siapa sebenarnya. Yang konvo nya bernama Anis Zahirah . Dia merupakan kawan  atau lebih dikenali adik angkat kepada hafiz . So sporting and talkative laaa dia dan family. Mana yang tak nya , padahal zira dan ika ni baru jumpa pertama kali, tetapi kami diajak makan bersama-sama sempena menyambut konvo si anis. Disuruh anggap macam keluarga.  Diucapkan TAHNIAH untuk Anis atas konvo ni dan sambungan Ijazah di Australia tidak lama. GOODLUCK . Sangat cemburu taw. Dapat ambil ACCOUNT tuu kat overseaaa . Tak apalahh memang dia layak kot.  







         Seronok tengokkk kegembiraaan mereka. Tumpang sikit lahhh. Kami diajak makan bersama kan tadi . Kami pun turuti. Mula-mula jak gi sambut kat KFC , tapi KFC penuh pulak, kami semua disuruh pergi balik ke rumah mereka. " Aunty dengan Uncle gi tapau makanan bawak balik. Makan kat rumah".  Kami ikut jelahh.  Makan tengahari ayam laa kita. Rezeki jangan ditolak laa kan.  


        Settle semua perkara, kami pun teruskan perjalanan . Kami menuju ke tempat baru kat Melaka tu . " THE SHORE TOWER".  Nak naik pun berbayar sekarang . RM18 tuuu. . banyak mahal . Tapi apa boleh buat , dah sampai . gi  jelahh kan. Saksikan posing2 kami. HAHAHAHA :D




#LOVE#COUSIN 













*HAI SEMUAAA. LIHATLAH PEMANDANGAN DARI ATAS NI . TENANG WUUU.




RAMAI LAK YANG KATA MACAM    KEMBAR ?? YEKEWWW. SAMA CERMIN MATA JE KOT............PALING SAYANG #EYKA . muahmuahmuah  yunkkk.



      Tu jelahh yang dapat zira kongsi. Perjalanan sekejap bersama sepupu2ku sayanggg . 
Harap sampai daa kawin or tuaaa , still rapat macam ni. InsyaAllah. Pesanan makbapak kita semua. :) :) :)




Saturday, 21 November 2015

SAMBUTAN HARI JADI 
MUHAMMAD ZAYYAN AMSYAR <3





   Terkejut juga sebenarnya masa balik cuti mid sem hari tu. Tetiba tengok ada majlis kat rumah. Macam-macam persiapan untuk si kecik tulahh . Siapa lagi kalau bukan si busyukkk ucu. HEHEHE
Sebenarnya birthday dia dah lepas lama. Bulan 10 haritu. 14/10 tapi baru nak sambut pada 6/11 . Sebab apalahh agaknya baru sambut kan? sebab apa lagi sebab permintaan ucu laaahhh . yelahh nak buat time ucu tak ada . mana boleh . 

   Sambutan yang bertemakan Disneyland Mickey Mouse. Sempena kesukaan si kecik tu lahh akak zira sanggup buat. Look so nice. Happy Birthday BUSYUKKKK !  Kehadiran awak yang tidak disangka-sangka yang mengubah keluarga . Dah 2 tahun tanpa sedar busyukkk ada kat dunia ni. Ucu sayanggg gilerr lahh kat busyukkk. Dari tapak kaki , ucu yang jaga busyukk taw. Ni pun dah rasa busyukk besar dahh . Cepat betul masa berlalu. 





   Ucu harap busyukk jadi anak yang soleh taw. Mana tahu akan datang busyukk yang menjadi pemimipin keluarga kita . Walau tiada ikatan darah , kita semua dahh anggap macam sedarah laaa . 

    Persiapan menjadi kalut juga mula-mula. Apa tak nya, telefon Catering, dia salah tarikh . Bergegas kami semua mencari makanan. Walau apa pun, ,mak tetap ada masak sikit-sikit kat rumah. Last-last tengok hamboii kau , banyak makanan ada. Nasib ramai laa jugak yang datang. Sebelum upacara potog kek, kami menjemput orang kampung yang terdiri daripada jemaah masjid membuat tahlil ringkas dan doa selamat kat rumah. 

    Saat paling indah apabila dapat berkumpul dengan saudara2 terdekat. Maklumlahh zira memang rapat dengan sepupu2 zira. Makanan yang ada turut dibungkus kepada saudara2 agar mengelakkan pembaziran. Memang menjadi pengajaran buat semua pasal catering tu. Yelahh selama ni, mana ada catering2. semua mesti mak yang masak . Tapi kali ni sebab kurang sihat , along kesian, tu yang order catering. Tetapi tak apa lahh . semua benda terjadi mensti ada hikmahnya kan.

    Selain saudara, zira ada lah jemput rakan2, tapi inform lambat kan. Mana yang ada jelah yang datang iaitu Zaty a.ka. atot, Eizaz dan Syafiq je . Boleh laa dari tak ada kan. wakil dari rakan-rakan zira. Yelah yang ramai datang ye jemputan along. Acik pun tumpang jugak ajak kawan-kawan dia. 




    #ZiraSayangSemua :)


    
         

Sunday, 8 November 2015

[HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU]


  Kita sambung cerita blog sebelum ini. Hari apa yang ditunggu-tunggu ni ?? apa lagi . hari pertandingan teater tu lahhh . .

   Pada pagi 5 November 2015 ,  kami tiba di Panggung Seni, UKM . Kami semua menyiapkan segala benda iaitu para pelakon disolek oleh krew-krew busana  manakala  krew-krew  prop menguruskan bahagian prop di atas pentas. Tidak lupa juga. krew-krew audio turut mencuba PA system bagi melancarkan lagi perjalanan pementasan teater sebentar lagi. 

   Setelah selesai , pelakon semua mencuba LIGHTING  yang kali pertama juga pengalaman buat zira. YELAHH lighting sangat penting bagi pementasan teater. Jika kita tidak dalam kawasan lighting , kita dikira out stage dan pemarkahan akan ditolak atau tidak akan dikira. 

    Selepasitu , kami streching dulu. Ingat sukan je kena strecthing ? teater pun kena jugaa auw. tambah lagi dengan olah suara. Kalau orang lain tengok mesti kena gelak je. . 

     Masa  berjalan dengan pantas . PERGHHH berdebar sungguhhhh. .Jantung macam nak gugur weyhhh. hehehe. ,Tapi sebenarnya perasaan tu sekejap jelahhh . .dah masuk berlakon , serius hilang semuaaaa . hehehe. . 

   Akhirnya semua selesai . Memang rasa lega dan puass sangat ! Kami akhiri dengan gembiraaa . :D

    

akhir pementasan : DIREKTOR, PENULIS SKRIP,PENASIHAT, PELAKON.KREW-KREW





Post mortem dekat kolej : sesi komen selepas pementasan



Hasil solekan  pelakon -SALLY . :)





Keluarga bahagia : Sadiqin, Mak Jah, Pak Meon, Sally




Saturday, 7 November 2015

-RATU-




     RATU ??? mesti pelik kan terdampar satu perkataan ratu di dalam satu kertas A4 putih . Sebenarnya, zira telah terlibat dalam teater bagi wakil kolej untuk dipertandimgkan dalam ICAF.  
Bukan nak cakap apa, bukan mudah sebenarnya untuk berlakon. Perit jugak laaa sepanjang perjalanan sebelum hari pertandingan. 

   Setiap hari kami mula berlatih dari pukul 8.30 malam hingga pukul 12.00 .Tapi semakin dekat dengan hari pertandingan kami mula berlatih dari pukul 8 hinggalah ada ketika pukul 3 pagi. Bukan senang untuk uruskan masa ini. Sebab berdasarkan pengalaman ini, lepas balik latihan , badan rasa penat dan membuatkan diri zira berasa mengantuk. Time tu serius , rasa menyesal sangat sebab tak ada bukak buku pun . HUHUHU so moral lepas ni, kena lahh pandai manage time kalau ada terlibat apa-apa. 

   Okay kita sambung dengan apa sebenarnya cerita Ratu ini? Pasal apa ? zira dapat watak apa? Best ke? HAHAHA. 

   Zira diberi watak bernama  SALMAH a.k.a SALLY iaitu seseorang perempuan yang gedik , ala-ala BIMBO . Bimbo ni seolah-olah seorang yang mood dia swing, boleh bertukar-tukar.  Kira macam kadang-kadang boleh ketawa, boleh sedih , boleh nangis dan sebagainya. 

   Dengar wataknya macam senang kan. Tapi bukan nak cakap apa, memang bukan mudah . Sebab lagi-lagi zira jenis kasar sikit .Memang payah nak gedik-gedik ni. Tapi kononnya nak mantapkan lakonan , zira disuruh menonton cerita "GIRLFRIEND DARI NERAKA" yang menunjukkan lakonan hebat dari SYARIFAH SAKINAH.. Sememangnya memang gedik dan bimbo dalam cerita itu.

   Kita beralih kepada mengenai cerita ini,Cerita ini mengisahkan mengenai AINA yang beependidikan tinggi, bekerjaya tetapi masih tidak berkahwin . Apakah rahsia disebaliknya?? Mak Nab merupakan ibu kepada Aina yang merupakan ibu tunggal yang tinggal keseorangan di kampung. Mak Nab mempunyai jiran iaitu Pak Meon dan isterinya Mak Jah  yang merupakan ibubapa Sally. Karakter Mak Jah ala-ala makcik Joyah yang kecoh-kecoh jaga tepi kain orang.Mak Jah mencadangkan supaya Aina pergi mandi bunga untuk buang sial. Tetapi rupanya Aina ini tiada pasangan atau tidak berkahwin akibat sudah tiada dara, Berita ini ama menggemparkan lagi keluarga Mak Jah . Mak Jah mempunyai seorang anak lelaki juga iaitu Sadiqin . Dalam masa-masa gentar ini, Sadiqin pula sanggup untuk menikahi Aina. Akhirnya, rupanya Aina yang telah merancang semua ini . Dia telah meminta bantuan Mak Itam untuk mandremkan si Sidiqin. Dia merasakan dialah RATU yang sebenar-benarnya yang akhirnya mendapat segala yang Dia Ingini. 


     Sedikit sebanyak yang dapat zira ringkaskan . Saksi kan lahh TEATER KOLEJ AMINUDDIN BAKI , " RATU" .

     

Sunday, 1 November 2015

PRESENTATION POWERPOINT 


 Daripada kod EPPD1063 Aplikasi Komputer , kami telah diberi tugasan untuk membuat satu tugasan powerpoint yang diberi kebebasan dalam menentukan tajuk dalam kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan kami, kami memilih tajuk MEDIA SOSIAL dimana tajuk yang sangat hangat di dunia. 

   Nama kumpulan kami agak unik iaitu RAHQAHRAKHA .Ia diambil hasil idea daripada nama kami berempat sendiri iaitu nama akhir masing-masing. 
Di samping persembahan powerpoint, kami disuruh untuk memberi satu video iaitu hasil dari lakonan kumpulan tersebut. Semasa berlakon adalah benda yang paling kelakar keran ada scene yang beberapa take kena ulang dan ambil . hahaha


  Tajuk yang lebih mendalam ialah Pengaruh Media Sosial dalam Kalangan Remaja.Media sosial merupakan sejenis media  yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat diseluruh dunia.

    Sebagai contoh media sosial yang semakin digilai dan popular ialah FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, WECHAT , WHATSAPP MESSENGER dan lain-lain lagi. Kita dapat lihat bahawa media sosial ini mempunyai banyak dampak positif dan juga negatif. 


     Antara dampak positif yang dapat dilihat ialah dapat menimba ilmu pengetahuan. Di mana, daripada media sosial , kita daat mengetahui serba sedikit mengenai ilmu agama yang sangat berfaedah untuk kita. IYELAH .. nak baca buku betul2 kalau tak ya ,mesti tidak membaca. Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk sesorang mengembangkan perniagaan. Sememangnya menjadi TREND dimana sekarang ramai penjual berniaga melalui perniagaan online. Contohnya, ramai orang mempromosikan pakaian, tudung, kasut dan lain-lain di dalam INSTAGRAM. Seterusnya, kita boleh memperoleh maklumat atau informasi dengan cepat dan mudah. Hal ini dapat dilihat semasa pemberitahuan mengenai cuti akibat jerebu itu disampaikan  melalui UKM NEWS di FACEBOOK. Ini menunjukkan sememangnya ia terlalu mudah dan cepat untuk diketahui oleh semua orang. Di samping itu, dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga , rakan-rakan dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak akan terputus hubungan walaupun telah hidup berjauhan antara satu sama lain. Penubuhan group di Whatapp juga memainkan peranan iaitu perbualan yang akan mengeratkan hubungan kekeluargaan itu. Akhir sekali, kita dapat memperluas jaringan pertemanan. Hal ini menunjukkan selain dapat mengeratkan lagi silaturahim , ia juga dapat menambahkan lagi teman, kawan dan sahabat. Kita dapat berkenalan dengan orang lain yang belum kita kenali.

     Selain daripada positif, dampak negatif yang paling ketara kita dapat lihat. Pertama, bagi pelajar, ia akan mengganggu kontrentasi semasa belajar. Sebagai contoh , apabila melakukan tugasan berkumpulan, mesti ada salah seorang akan tidak fokus dalam perbincangan tersebut. Kedua. media sosial akan merosakkan penggunaan bahasa. Contohnya, perkataan ringkasan yang semakin teruk diringkaskan seperti kitew, kipidap dan lain-lain lagi. Ketiga, ia turut membawa kepada ketagihan iaitu melayan media sosial sehinnga khayal tanpa melakukan perkara lain. Senang cerita pagi hingga ke malam. Keempat, media sosial ini turut mendorong kepada timbulnya fitnah . Sebagai contoh , kita bersangka buruk terhadap orang lain yang boleh mengaibkan diri seseorang itu. Akhir sekali, media sosial ini akan membawa kepada pembaziran masa. Dimana, masa akan dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah . Lebih-lebih lagi, bagi pelajar , sepatutnya menggunakan masa dengan bijak iaitu melakukan perkara yang penting dan yang befaedah.


     Konklusinya, media sosial ini mendatangkan kebaikan dan juga keburukan . Jadi, sebagai seorang pelajar dan remaja perlukan bijak menggunakan media sosial dengan baik.






p/s Kerjasama yang ditunjukkan adalah terbaikkk !! :)