Saturday, 7 November 2015

-RATU-




     RATU ??? mesti pelik kan terdampar satu perkataan ratu di dalam satu kertas A4 putih . Sebenarnya, zira telah terlibat dalam teater bagi wakil kolej untuk dipertandimgkan dalam ICAF.  
Bukan nak cakap apa, bukan mudah sebenarnya untuk berlakon. Perit jugak laaa sepanjang perjalanan sebelum hari pertandingan. 

   Setiap hari kami mula berlatih dari pukul 8.30 malam hingga pukul 12.00 .Tapi semakin dekat dengan hari pertandingan kami mula berlatih dari pukul 8 hinggalah ada ketika pukul 3 pagi. Bukan senang untuk uruskan masa ini. Sebab berdasarkan pengalaman ini, lepas balik latihan , badan rasa penat dan membuatkan diri zira berasa mengantuk. Time tu serius , rasa menyesal sangat sebab tak ada bukak buku pun . HUHUHU so moral lepas ni, kena lahh pandai manage time kalau ada terlibat apa-apa. 

   Okay kita sambung dengan apa sebenarnya cerita Ratu ini? Pasal apa ? zira dapat watak apa? Best ke? HAHAHA. 

   Zira diberi watak bernama  SALMAH a.k.a SALLY iaitu seseorang perempuan yang gedik , ala-ala BIMBO . Bimbo ni seolah-olah seorang yang mood dia swing, boleh bertukar-tukar.  Kira macam kadang-kadang boleh ketawa, boleh sedih , boleh nangis dan sebagainya. 

   Dengar wataknya macam senang kan. Tapi bukan nak cakap apa, memang bukan mudah . Sebab lagi-lagi zira jenis kasar sikit .Memang payah nak gedik-gedik ni. Tapi kononnya nak mantapkan lakonan , zira disuruh menonton cerita "GIRLFRIEND DARI NERAKA" yang menunjukkan lakonan hebat dari SYARIFAH SAKINAH.. Sememangnya memang gedik dan bimbo dalam cerita itu.

   Kita beralih kepada mengenai cerita ini,Cerita ini mengisahkan mengenai AINA yang beependidikan tinggi, bekerjaya tetapi masih tidak berkahwin . Apakah rahsia disebaliknya?? Mak Nab merupakan ibu kepada Aina yang merupakan ibu tunggal yang tinggal keseorangan di kampung. Mak Nab mempunyai jiran iaitu Pak Meon dan isterinya Mak Jah  yang merupakan ibubapa Sally. Karakter Mak Jah ala-ala makcik Joyah yang kecoh-kecoh jaga tepi kain orang.Mak Jah mencadangkan supaya Aina pergi mandi bunga untuk buang sial. Tetapi rupanya Aina ini tiada pasangan atau tidak berkahwin akibat sudah tiada dara, Berita ini ama menggemparkan lagi keluarga Mak Jah . Mak Jah mempunyai seorang anak lelaki juga iaitu Sadiqin . Dalam masa-masa gentar ini, Sadiqin pula sanggup untuk menikahi Aina. Akhirnya, rupanya Aina yang telah merancang semua ini . Dia telah meminta bantuan Mak Itam untuk mandremkan si Sidiqin. Dia merasakan dialah RATU yang sebenar-benarnya yang akhirnya mendapat segala yang Dia Ingini. 


     Sedikit sebanyak yang dapat zira ringkaskan . Saksi kan lahh TEATER KOLEJ AMINUDDIN BAKI , " RATU" .

     

No comments:

Post a Comment