Sunday, 1 November 2015

PRESENTATION POWERPOINT 


 Daripada kod EPPD1063 Aplikasi Komputer , kami telah diberi tugasan untuk membuat satu tugasan powerpoint yang diberi kebebasan dalam menentukan tajuk dalam kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan kami, kami memilih tajuk MEDIA SOSIAL dimana tajuk yang sangat hangat di dunia. 

   Nama kumpulan kami agak unik iaitu RAHQAHRAKHA .Ia diambil hasil idea daripada nama kami berempat sendiri iaitu nama akhir masing-masing. 
Di samping persembahan powerpoint, kami disuruh untuk memberi satu video iaitu hasil dari lakonan kumpulan tersebut. Semasa berlakon adalah benda yang paling kelakar keran ada scene yang beberapa take kena ulang dan ambil . hahaha


  Tajuk yang lebih mendalam ialah Pengaruh Media Sosial dalam Kalangan Remaja.Media sosial merupakan sejenis media  yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat diseluruh dunia.

    Sebagai contoh media sosial yang semakin digilai dan popular ialah FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, WECHAT , WHATSAPP MESSENGER dan lain-lain lagi. Kita dapat lihat bahawa media sosial ini mempunyai banyak dampak positif dan juga negatif. 


     Antara dampak positif yang dapat dilihat ialah dapat menimba ilmu pengetahuan. Di mana, daripada media sosial , kita daat mengetahui serba sedikit mengenai ilmu agama yang sangat berfaedah untuk kita. IYELAH .. nak baca buku betul2 kalau tak ya ,mesti tidak membaca. Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk sesorang mengembangkan perniagaan. Sememangnya menjadi TREND dimana sekarang ramai penjual berniaga melalui perniagaan online. Contohnya, ramai orang mempromosikan pakaian, tudung, kasut dan lain-lain di dalam INSTAGRAM. Seterusnya, kita boleh memperoleh maklumat atau informasi dengan cepat dan mudah. Hal ini dapat dilihat semasa pemberitahuan mengenai cuti akibat jerebu itu disampaikan  melalui UKM NEWS di FACEBOOK. Ini menunjukkan sememangnya ia terlalu mudah dan cepat untuk diketahui oleh semua orang. Di samping itu, dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga , rakan-rakan dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak akan terputus hubungan walaupun telah hidup berjauhan antara satu sama lain. Penubuhan group di Whatapp juga memainkan peranan iaitu perbualan yang akan mengeratkan hubungan kekeluargaan itu. Akhir sekali, kita dapat memperluas jaringan pertemanan. Hal ini menunjukkan selain dapat mengeratkan lagi silaturahim , ia juga dapat menambahkan lagi teman, kawan dan sahabat. Kita dapat berkenalan dengan orang lain yang belum kita kenali.

     Selain daripada positif, dampak negatif yang paling ketara kita dapat lihat. Pertama, bagi pelajar, ia akan mengganggu kontrentasi semasa belajar. Sebagai contoh , apabila melakukan tugasan berkumpulan, mesti ada salah seorang akan tidak fokus dalam perbincangan tersebut. Kedua. media sosial akan merosakkan penggunaan bahasa. Contohnya, perkataan ringkasan yang semakin teruk diringkaskan seperti kitew, kipidap dan lain-lain lagi. Ketiga, ia turut membawa kepada ketagihan iaitu melayan media sosial sehinnga khayal tanpa melakukan perkara lain. Senang cerita pagi hingga ke malam. Keempat, media sosial ini turut mendorong kepada timbulnya fitnah . Sebagai contoh , kita bersangka buruk terhadap orang lain yang boleh mengaibkan diri seseorang itu. Akhir sekali, media sosial ini akan membawa kepada pembaziran masa. Dimana, masa akan dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah . Lebih-lebih lagi, bagi pelajar , sepatutnya menggunakan masa dengan bijak iaitu melakukan perkara yang penting dan yang befaedah.


     Konklusinya, media sosial ini mendatangkan kebaikan dan juga keburukan . Jadi, sebagai seorang pelajar dan remaja perlukan bijak menggunakan media sosial dengan baik.






p/s Kerjasama yang ditunjukkan adalah terbaikkk !! :)



No comments:

Post a Comment