Tuesday, 15 December 2015

@ DINNER ICAF 2015 @



        Pada 13 November, pihak Biro Kebudayaan menganjurkan satu dinner iaitu bertujuan meraikan peserta icaf pada tempoh hari. Pertandingan icaf terdiri daripada teater, dikir barat, nasyid, band dan tarian. Seperti maklum zira terlibat dengan teater :) rinduu pulak rasanya. heheheh

       Dinner itu bertemakan glowish the victory. Tema pada malam itu, kami semua berpakaian t-shirt hitam di mana tulisan itu akan bersinar / glowing apabila dalam keadaan gelap. Malam itu dirasmikan oleh Pengetua KAB sendiri. Gimik perasmian itu menggunakan pembakaran pada tulisan icaf itu.  Sedikit persembahan yang ditonjokan seperti tarian, nyanyian dan sebagainya. 

      Pelbagai hidangan yang dijamu iaitu nasi goreng , coleslaw , ayam bakar , sosej bakar, jagung bakar , nanchos , sos spageti bolognese dan air anggur. Alhamdulilah . rezeki . kenyang . . 

     Zira berasa gembira kerana dapat merapatkan lagi hubungan dengan mereka. Lama tak lepak bersama-sama. Apapun zira enjoy dengan dinner ni :)








         

Monday, 14 December 2015

 = TANGGAL 12.12.2015 = 



         Tanggal 12.12.2015 ???? seorang manusia biasa yang bernama NUR HAZIRAH BINTI SUHAIMI telah 19 tahun hidup di dunia ini.  Tak sangka cepat je masa berlalu . Dah 19 tahun dahh hidup. Tapi tulahh lahir hujung tahun kan , rasa lambat lah jugak. Orang-orang lain dah nak masuk 20 , kita baru masuk 19. Ehhhh . muda kan . tak apa lahh. HEHEHE :)
Seperti biasa , saat zira tunggu ialah peti masuk daripada MAXIS. hahaha. Kenapa la pulak maxis nak kasik mesej kan? mesej nak kasik FREE CALL laa. Itu lah zira tunggu kan setiap tahun. Mana taknya masa free call ni jelahh , zira dapat contact balik dengan kawan-kawan lama. rinduuu kawan-kawan lama semua. 





    Pada tahun 2015 ni , zira berada di UKM pula. Sekejap je masa. Ingat lagi dulu, 2014, tengah dekat matrik . Siap ada yang suprise. Terkejut jugak. Tak dapat hidu pun plan budak bilik dengan budak kelas. Jadi , tahun ni apa terjadi pada hari SABTU , 12.12.2015 ??? Ada sesuatu yang tidak dirancang terjadi.Ada kawan ni ajak gi PD , sebab katanya Pengetua Kolej yang suruh cari orang suruh pergi. Kebetulan memang tak ada buat apa-apa hari tu dan zira sangat kalah dengan orang memujuk-mujuk ni. Zira pun terima. Rupanya setiap kolej ada dalam program ni. Disebalik program ni adalah untuk meraikan jentera-jentera Aspirasi . Disebabkan senior-senior tak ada , jadi terpaksa lahh kami ni yang disuruh pergi.Paling teruja, dapat menikmati pengalaman menaiki bas 2 tingkat. Siap ada wifi lagi  bas itu. Maju, maju zaman sekarang ni.  Setiba sahaja di PD, kami mencari kedai makanan untuk makan pagi walaupun sudah pukul 10.30 .yelahh laparr . dari pagi tak makan. Selepas itu, kami menuju ke pantai. Tapi tak seronok sangat sebab cuaca yang terlalu panas. Jadi zira hanya istirehat di tepi pantai menikmati kejadian Allah s.w.t. Sungguh menakjubkan ciptaanNya. 

     Masa telah menujukkan pukul 12.30, kami menjamu selera dengan lauk-pauk kampung di Hotel Seri Malaysia. Nasib sedap. hehehe. Selesai itu, kami mendirikan solat zuhor dan kami diberi beberapa bilik hotel. Tapi satu bilik, dalam 8 orang laa .Kongsi-kongsi katanyaa. kami berehat di bilik sehinggalah selepas asar, kami disuruh turun ke pantai. Kami mengambil peluang untuk mencuba menaiki BANANA BOAT . perghhhhh  pengalaman pertama yang sangat menyeronokkan. Sesudah itu , kami bermain permainan macam bola beracun. Agak susah disebabkan pergerakan yang agak lambat kerana pasir yang banyak itu. Sedikit sebanyak, gembira lahh jugak. 


      Pada malam tersebut, kami menikmati makan malam pula. Sesudah makan, Pengetua Kolej zira berucap dan kami memulakan sedikit sesi perkenalan antara kami. Selesai semuaa. kami pun bertolak balik ke UKM . Have a nice day :)






          




Sunday, 13 December 2015

 SAYA SAYANG FEP 1.0 <3

    



          Satu program anjuran exco khidmat sosial dan kemasyrakataan FEP yang melibakan aktiviti gotong royong di FEP. Pada hari tersebut zira telah menyertai program ini. Pendaftaran dibuat di depan lif aras 2. Zira mendapat kupon makanan kerana menjadi 50 terawal hadir. Kami diberi Nasi lemak untuk sarapan pada pagi itu. 

        Selepas itu, Ketua Kelab Pelajar Tahun Satu memberi penerangan mengenai aturcara aktiviti gotong-royong itu. Kami diagihkan kepada 3 kumpulan iaitu mengikut 3 bahagian tempat yang patut dibersihkan dan dicat. Bahagian yang pertama ialah di bahagian hadapan DK. Dimana pelajar membersihkan kawasan semak, mencabut rumput dan lain-lain.  Bahagian kedua pula di tangga belakang. Di mana , kami perlu mengecat dinding yang berada di tangga tersebut. Zira terlibat di bahagian ini. Bahagian yang ketiga pula kawasan bilik seminar. Di mana, pelajar perlu mengecat juga pada dinding-dinding yang kotor itu.

        Dalam jam 11.30, semua kerja telah selesai. Kami diberi makanan tengahari iaitu Nasi Ayam dan air Sirap. Zira berasa sungguh seronok dan berbangga dengan hasil kerja kita sendiri.Diharap bermanfaat kepada semua.






BERSIAR-SIAR <3

       Pada petang itu pula, dengan tidak dirancang , zira bersama 2 orang kawan pergi bersiar-siar. Kami telah menuju ke Putrajaya. Di mana kami menuju ke Taman Botani di situ. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di Taman tersebut. Bagi yang ingin bersiar menaiki basikal, boleh didapti dan menyewanya. Daripada Taman tersebut, kita dapat lihat Masjid Putrajaya, Bangunan Perdana Menteri , dan tasik yang indah . Apa yang zira dapat ialah menikmati keindahan alam yang dapat menenangkan diri. Ahhh.. rasa lega sedikit :)
Diharap akan datang dapat menelajah lebih banyak lagi tempat-tempat yang best .


















Friday, 11 December 2015

^ KEM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2015^




         Kem cuti sekolah ??? apa la pulak ni kan... Ini adalah salah satu projek kursus KEMAHIRAN DAN INTERPERSONAL yang kami laksanakan bagi mendapatkan markah dalam kursus citra ini.

        Daripada taklimat pertama perjumpaan dengan pensyarah zira iaitu Dr. Yazid memberikan penerangan mengenai projek yang perlu dilakukan  dalam kerja berkumpulan.Kami perlu  memilih kumpulan dengan sendirinya. Atas  disebabkan zira tidak hadir dalam taklimat yang pertama kerana baru sahaja mendaftar kursus pada perjumpaan itu berlangsung, maka saya perlulah memilih dan menelefon salah seorang ketua yang telah disenarai pendek. Saya telah memilih Khairun Nisa Binti Md Isa sebagai ketua dan beliau bersetuju untuk menjadikan zira sebagai ahli kumpulannya. Pada 22 Oktober 2015, hari di mana, pembentangan cadangan projek perlu dilakukan oleh setiap kumpulan. Kumpulan kami telah bercadang untuk menjadi fasilatator bagi sesuatu kem yang dicadangkan akan berlaku di Sungai Congkak, Ulu Langat. Cadangan kami diluluskan oleh pihak Dr,Yazid sendiri. Cuma perlu sentiasa memaklumkan tentang tarikh yang tetap projek itu dilaksanakan.   
    
        Maka,  ingin zira kongsikan pula mengenai pelaksanaan projek yang telah kumpulan kami laksanakannya iaitu Kem Cuti Sekolah Akhir Tahun 2015. Pada 16 Oktober 2015, kami mengadakan perjumpaan bagi membincangkan mengenai projek ini. Kami berjumpa dengan Pengarah Projek iaitu Muhammad Ikhwan Bin Md Isa, pelajar Kolej Islam Selangor yang juga merupakan abang kepada ketua kumpulan bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang tentatif kem tersebut. Pada mulanya, kami hanya menguruskan bahagian Explorace tetapi atas hal-hal lain, kami semua perlulah menjadi fasilatator sepanjang program itu berlangsung. Selain itu, kami turut berbincang untuk membahagikan setiap checkpoint perlulah dijaga oleh 2 orang fasilatator. Barang-barang yang hendak digunakan dalam aktiviti Explorace turut didedahkan. Sebagai contoh barang iaitu belon, tali rapia , kacang hijau, chopstick, tepung , gula-gula dan lain-lain lagi. Kertas pemarkahan untuk checkpoint turut diperbincangkan bagi menghitung permarkahan yang akan dinilai.Pada 25 Oktober 2015 , kami telah berjumpa dengan Dr.Yazid bagi menerangkan perjalanan projek itu.Tetapi perkara yang menyedihkan bagi kami, Dr tidak dapat hadir pada hari projek tersebut, akan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.Apa kan daya , kami terima dengan hati terbuka. Oleh yang demikian , Dr memberi arahan untuk kami merakam video segala aktiviti program itu dijalankan dan menyediakan refleksi sepertimana yang sedang saya lakukan ini.  Seterusnya, kami mengadakan lagi satu perjumpaan terakhir sebelum projek diadakan iaitu pada 26 November 2015 bagi menyemak tugasan masing – masing dan membincangkan lebih mendalam mengenai tentatif program. Hal ini kerana, segala tentatif yang dijalankan akan diuruskan keseluruhannya oleh kami semua.

         Maka , tibalah hari yang dinantikan. Pada 27 November 2015, kami bergerak dalam  pukul 5.oo pm menuju ke Stesen UKM untuk menaiki  KTM Komuter. Kami bergerak ke Stesen Kl Sentral. Ikhwan telah mengambil kami di KL Sentral untuk menuju ke Iqra Nurturing Centre TTDI ,KL. Apabila tiba di Iqra, peserta-peserta kem telah pun tiba. Mereka terdiri daripada lingkungan berumur 11- 16 tahun. Dan majoriti peserta-peserta itu terdiri daripada anak-anak orang asli , anak-anak elit , serta pelajar Iqra itu juga. Iqra ini merupakan suatu tempat atau kelas  pembelajaran agama seperti mengaji dan lain-lain lagi. Tempat ini merupakan Pertubuhan  Iqra’ Malaysia . Iqra dijaga oleh Puan Hasma dan Puan Laila yang juga merupakan guru di situ.  Kami berkumpul sebentar sebelum meneruskan program untuk mendengar sedikit kata dari Puan Hasma mengenai peserta- peserta tersebut dan diberi amanah untuk menguruskan program ini secara keseluruhannya. Dimana ada  di antara mereka yang bukan dari golongan yang beragama islam , malah tiada status keagamaan. Walau bagaimanapun, mereka turut boleh mengikut untuk solat bersama. Jumlah para peserta kem ini ialah seramai 25 orang .  Pada pukul 9.oo pm, bermulalah sesi LDK 1  ,iaitu sesi taaruf,penciptaan logo dan trademark . Sesi taaruf dimulakan daripada kalangan kami satu  kumpulan mengenalkan diri masing-masing.  Diikuti oleh dua orang lagi pelajar KUIS selain Pengarah Projek yang akan membantu dari segi teknikal,keselamatan dan keamanan iaitu Muhammad Aiman Asyraf Bin Adnan dan Abdul Hakim Bin Jumari. Sesi ini bertujuan untuk memudahkan para peserta berkenalan dan mengingati nama fasilatator-fasilatator yang akan menjaga mereka selama 3 hari ini. Selain itu , para fasilatator turut dapat menunjukkan kebolehan dalam memperkenalkan diri dan cara bekomunikasi yang betul dan penyampaian yang berkesan kepada para peserta yang merupakan kanak-kanak lagi. Gaya yang betul bercakap dengan kanak-kanak ini amatlah penting,  lebih –lebih lagi dengan anak orang asli kerana mereka ini sangatlah sensitif orangnya. Seterusnya, mereka diagihkan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai 2 fasilatator. Pada malam itu, mereka diberi tugasan untuk mencipta logo dan trademark bagi kumpulan masing-masing. Setelah selesai, mereka akan membentangkan logo serta menyatakan sebab-sebab logo itu dipilih  dan mempersembahkan trademark masing-masing. Kumpulan 1 membuat logo harimau, pokok ,dan kata-kata trademark. Nama  kumpulan tersebut “LANJAN TIGER”. Atas sebab nama kampung yang mereka tinggal yang menunjukkan keberanian pada setiap mereka. Kumpulan 2 pula bernama “The Galaxy” .Terdapat gambar bintang,bulan, matahari dan pedang yang merupakan logo bagi kumpulan tersebut. Mereka memilih bintang untuk menunjukkan bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai kebolehan yang tersendiri yang akan menerangi kumpulan itu. Pedang pula menunjukkan kegagahan kumpulan tersebut dan lain-lain lagi. Kita teruskan dengan Kumpulan 3 iaitu “LIKE EAGLE”. Mereka memilih helang sebagai simbol logo kerana  menunjukkan kehebatan, kekuatan, dan sifat terpendam.  Kumpulan 4 pula iaitu bernama “ASKAR GAGAH “ kerana seseorang askar itu mestilah berani, gagah dan kuat .Logo yang dicipta ialah bom, pedang, dan pistol. Apa yang ingin kami tunjukkan dari sesi ini adalah untuk mengetahui idea-idea kreatif , kerjasama antara kumpulan dan sifat keyakinan pada diri masing-masing. Bagi tugas kami pula,  adalah untuk membimbing mereka atau menambahbaik idea yang mereka keluarkan. 












   Hari keesokannya iaitu pada 28 November 2015, hari Sabtu , aktiviti pagi dimulakan dengan qiamuallail , solat tahajud ,solat sunat , solat subuh dan tazkirah. Seterusnya, setiap kumpulan diberi tugasan untuk memasak. Tidak kiralah memasak untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Pengagihan kumpulan diundi utnuk menentukan kumpulan mana yang akan bertugas. Seteleh selesai sarapan, kami bertolak ke Sungai Congkak, dimana waktu yang ditunggu-tunggu  oleh semua. Maka, aktiviti diteruskan dengan LDK 2 iaitu senamrobik dan explorace.  Senamrobik itu dipimpin oleh kami semua. Mereka  berasa sungguh gembira dan terhibur dengan pergerakan dan lagu yang diiringi.Ini bertujuan , untuk memanaskan badan mereka sebelum explorace dijalankan. Selesai sahaja senamrobik itu, bemulalah explorace. Sebelum explorace dijalankan, sesi penerangan diberikan kepada para peserta walaupun telah diberikan satu kertas arahan. Pada tempat yang pertama iaitu dinamakan game belon kasih sayang . Belon kasih sayang ini adalah belon yang berisi air yang akan dibaling ke belakang  kepada setiap ahli kumpulan. Jika jatuh dan pecah, perlulah diulang semula dari hadapan. Hanya 3 kali percubaan. Setelah selesai ,barulah mereka boleh menuju ke Checkpoint 1 dengan membawa belon itu . Game ini bertujuan untuk menunjukkan kerjasama mereka dalam satu kumpulan dan berfikir dengan bijak untuk menyelesaikan masalah iaitu cara untuk mengelakkan belon itu daripada jatuh dan tidak pecah. Checkpoint 1 pula ialah memindahkan kacang dengan chopstick ke dalam pinggan. Game ini bertujuan untuk melatih peserta untuk tekun dalam melakukan sesuatu perkara. Pada Checkpoint 2 pula, mengisi air dalam botol. Dimana peserta perlu memenuhkan air dalam botol sehingga ke aras yang dikehendaki dengan cara berbaris panjang.Tidak boleh mengisikan air secara individu,mesti secara berkumpulan. Game ini bertujuan untuk mewujudkan sikap sabar dalam diri setiap peserta.  Checkpoint 3 pula, mencari gula-gula di dalam tepung berdasarkan jenis gula-gula yang telah ditetapkan. Ini bertujuan, dapat melatih para peserta agar sentiasa berusaha dalam mendapatkan sesuatu perkara. Pada Checkpoint 4 pula,  para peserta perlu mengikat belon pada kaki secara berpasangan tetapi tidak boleh berpecah antara satu kumpulan. Setelah itu, mereka perlukan berjalan dalam keadaan sedemikian sehingga ke checkpoint 5. Game ini bertujuan untuk meningkatkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dan merapatkan hubungan sesama mereka. Checkpoint yang terakhir iaitu checkpoint 5 adalah peserta perlulah memecahkan belon dengan kaki yang terikat tetapi tidak boleh pecahkan belonnya sendiri. Ini bertujuan adalah untuk melatih setiap peserta untuk berfikir di luar kotak dalam melakukan sesuatu perkara. Untuk melengkapkan kesemua checkpoint, peserta perlu menunjukkan segala barang amanah yang diperlukan seperti logo kumpulan, kacang hijau, botol berisi air , dan gula-gula. Para peserta dinilai melalui sikap kerjasama, barang amanah, kreaktif dan sebagainya. Oleh kerana mempunyai masa yang terluang, mereka meneruskan dengan permainan belon beracun. Dimana lagu dimainkan sementara belon hendaklah bergerak dari seorang ke seorang . Apabila lagu dihentikan, orang yang sedang memegang belon hendaklah menjawab soalan yang diberikan oleh fasilatator. Jika tidak dapat menjawab soalan tersebut, maka denda akan dikenakan. Denda yang agak mudah iaitu dicalit tepung ke muka dan dipecahkan belon yang berisi air dari atas kepala.  





     Pada pukul 12 tengahari, aktiviti diteruskan dengan LDK 3 iaitu memasak . Ada kumpulan yang memasak sardin, telur dadar, sayur kubis dan menyediakan air minuman. Fasilatator hanya dibenarkan untuk menunjukkan cara-cara penyediaan memasak, membimbing dan mengawasi mereka bagi mengelakkan sebarang permasalahan . Apabila selesai memasak, para peserta dibenarkan untuk mandi manda di Sungai Congkak. Saya turut menikmati alam semula jadi yang sangat menenangkan fikiran. Berasa sungguh teruja kerana sudah sekian lama tidak dapat menikmatinya. Selesai sahaja  mandi manda,solat , barulah kami semua menjamu selera yang telah dimasak oleh para peserta. Alhamdulilah , lauk pauk semua habis dimakan. Setelah itu , kami semua mengemas segala barang dan peralatan untuk berangkat pulang ke Iqra. Tiba sahaja di Iqra, bagi kumpulan yang bertugas untuk memasak , perlulah menyediakan persiapan untuk makan malam itu. Bagi yang lain , dibei ruang berehat dan menguruskan kendiri masing-masing. 






    Apabila masuk waktu maghrib, kami semua solat berjemaah bersama-sama dengan para peserta. Tazkirah turut diberikan sementara menunggu waktu isyak. Selesai semua itu, barulah para paserta menjamu makan malam yang telah disediakan oleh kumpulan tertentu itu. Hidangan yang disediakan ialah Nasi Goreng . Tentatif disambung semula dengan LDK 4  iaitu muhasabah diri. Sebelum memulakan sesi ini, kami menyuruh para peserta untuk menulis nama, umur, sekolah ,tempat tinggal, sebab pergi ke program , kebaikan dan keburukan sepanjang kem yang telah berlangsung ini. Kami melakukan ini adalah bertujuan untuk mengetahui para peserta berkebolehan untuk menulis dengan ejaan yang betul dan respon sepanjang kem yang telah dilalui ini. Keputusan yang telah kami dapati , ada diantara mereka yang tidak dapat menulis dengan baik. Terdapat kesalahan pada ejaan yang ditulis. Kami turut membaca kembali kepada mereka apa yang telah mereka tulis mengenai kebaikkan dan keburukan kem ini untuk mendedahkan kepada semua pihak dalam menambahbaikkan kem yang seterusnya selepas ini. Kita teruskan dengan slot muhasabah diri yang akan diucapkan oleh kami semua. Tajuk yang kami berikan ialah ilmu. Slot ini dimulakan oleh saya yang menerangkan definisi sebenar ilmu , kepentingan ilmu yang sebenar serta mengaitkan dengan kehidupan sekarang. Ini bertujuan untuk menyedarkan para peserta bahawa ilmu amatlah penting untuk dicari dan diaplikasikan dalam kehidupan bagi menjamin kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat. 



    Pada keesokan hari iaitu 29 November 2015, hari Ahad . Seperti biasa dimulakan pagi dengan qiamuallail, solat sunat, solat tahajud , solat subuh dan tazkirah ringkas. Bagi kumpulan yang ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi telah bersiap sedia menyiapkan hidangan tersebut selepas takzirah diberikan. Sarapan pada pagi itu ialah roti kaya dan air milo. Mereka hanya menyediakan makanan yang ringan dan ringkas kerana selepas ini mereka  akan beriadah atau berjoging di Taman Kiara , TTDI, KL . Setibanya sahaja di Taman Kiara, kami mulakan dengan memanaskan  badan sebelum meneruskan aktiviti  joging. Perkara ini bertujuan, kami ingin mendedahkan kepada para peserta bahawa kecergasan badan turut penting dalam menjalani kehidupan yang cemerlang. Ini kerana apabila badan cergas, otak akan cerdas. Selain itu, kami ingin memberi ruang kepada para peserta untuk beriadah dan bermain. Laluan joging itu turut mencabar dengan adanya jambatan gantung . Ini dapatlah mencabar diri para peserta untuk berani melaluinya. Setelah selesai satu pusingan , mereka meneruskan ke tentatif seterusnya iaitu LDK 5. Pengisian LDK 5 ini ialah khidmat komuniti. Para peserta perlukan bergerak secara berkumpulan. Mereka perlulah berkomunikasi dengan orang awam. Untuk membuktikan bahawa mereka dapat untuk berkomunikasi, mereka perlulah meminta izin untuk mengambil gambar bersama-sama orang awam tersebut. Ini bertujuan untuk melatih kemahiran komunikasi para peserta dengan orang yang tidak dikenali. Bagi tugasan saya hanyalah menunjukkan atau mengajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan orang awam dengan betul dan sopan. Secara tidak langsung, ia turut mengajar saya tentang komunikasi yang sesuai digunakan kepada orang awam ini. Kepada kumpulan yang telah siap bergambar dengan  3 orang  awam, hendaklah berkumpul semula di tempat permulaan. Itu tanda mereka dapat menyediakan tugasan yang diberikan.  Mereka diberi untuk berehat dan peluang untuk bermain di taman permainan di situ. Pada pukul 10, para peserta diberi peluang untuk mencari dan menangkap udang-undang di tasik tersebut. Teruja betul melihat gaya mereka menangkap udang-undang tersebut kerana mereka tekun untuk mencarinya tanpa mengira baju dan seluar dipakai telah kotor.  Anggaran pukul 11 lebih, kami pulang ke Iqra. Bagi kumpulan seterusnya yang ditugaskan memasak makanan tengahari , setiba sahaja di Iqra , mereka terus sahaja menyiapkan hidangan . Pada masa itu, kumpulan saya ditugaskan . Saya mengagihkan tugas-tugas kepada mereka untuk menyiapkan lauk labu masak air dan ayam goreng. Bertuahnya saya , mempunyai para peserta yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan itu. Kami mendahulukan solat zuhor, barulah menjamu makanan tengahari tersebut















     Aktiviti diteruskan dengan LDK 6 iaitu persedian malam kesenian. Yang menyedihkan buat kami semua ialah kami terpaksa pulang lebih awal akibat kelas pada esok pagi. Kami kecewa kerana tidak dapat membantu mereka dalam persedian malam kesenian. Tetapi apa kan daya, itu sahaja yang dapat kami bantu dan berkhidmat kepada mereka. Kami bersiap sedia mengemas barang untuk berangkat pulang ke UKM. Perkara yang dapat membuat kami terharu dan sedih , para peserta tidak memberi kami untuk pulang, malahan ada  antara mereka yang menangis atas kepulangan kami. Apapun , kami dapat menyaksikan video malam kesenian dan gambar penyampaian hadiah yang diterima oleh para peserta yang terpilih telah dihantar oleh pengarah program melalui aplikasi Whatapps. Nasiblah zaman teknologi ini dapat memudahkan segalanya. Itu kira cukup buat kami.









*Pengalaman baru yang tidak dapat zira lupakan :) Ada rezeki lain hari kita jumpa lagi okay?