Saturday, 5 December 2015

- TANAM POKOK -


    Pada 19 November 2015, zira telah terlibat dengan penanaman pokok di Hutan Simpan Jengka, Pahang. Zira menyertai di bawah CITRA PENGURUSAN ACARA . Satu lagi pengalaman baru dapat ditimba . Kami bergerak dalam pukul 2.30 pagi dengan menaiki 3 bas . Barisan Suksis dan Citra Sukan yang lain turut terlibat seperti Citra Sport massage dan sebagainya, Ini baru sahaja yang dari UKM . Pihak lain pun terlibat seperti pelajar Sekolah Sri Cempaka dan Kakitangan MK Belum Conversation. 




Zira ada tanya taw kat Pegawai Hutan ni , pokok tu pokok apa? ada salah satunya nama pokok tu " MERAWAN SIPUT JANTAN " .hahahah pelik dan kelakar kan namanya . Nama lain pula, Meranti Temak nipis , Meranti Tembaga , Keruing Kipas , dan Keruing Kertas. Sebanyak 3000 anak pokok yang  kami semua tanam. Selain menanam, ada yang membersihkan pokok-pokok yang lama untuk diganti baru . Kira pemusnahan secara halal. hehehe.
  
   Nampak macam tiada apa-apa faedah kan? tetapi kita tidak tahu faedah yang sebenar-benarnya. Salah satu faedahnya, pokok akan memberikan kita oksigen untuk bernafas. Seterusnya, ia turut mengelakkan daripada kejadian tanah runtuh yang baru-baru ini telah berlaku. Di samping itu juga, jika kita menanamnya dengan enuh kasih sayang dan ikhlas , INSYAALLAH , pokok itu akan mendoakan kesejahteraan kita. Aminn .

  Sedikit sebanyak perkongsian yang dapat zira kongsikan apa yang zira alami ini. Yang paling membanggakan ialah , program ini memasuki media akhbar . 


HEHEHE. . bangga lahhh juga walaupun bukan kita ada dalam gambar kat paper tu .. hahaha ,perasan je lebih. sajaaa je. hahahah

  Kenangan bersama rakan-rakan :








*p/s hargailah alam sekitar ini. Janganlah merosakkannya. .Malahan sepatutnya menjaga :)






No comments:

Post a Comment