@ DINNER ICAF 2015 @
Pada 13 November, pihak Biro Kebudayaan menganjurkan satu dinner iaitu bertujuan meraikan peserta icaf pada tempoh hari. Pertandingan icaf terdiri daripada teater, dikir barat, nasyid, band dan tarian. Seperti maklum zira terlibat dengan teater :) rinduu pulak rasanya. heheheh
Dinner itu bertemakan glowish the victory. Tema pada malam itu, kami semua berpakaian t-shirt hitam di mana tulisan itu akan bersinar / glowing apabila dalam keadaan gelap. Malam itu dirasmikan oleh Pengetua KAB sendiri. Gimik perasmian itu menggunakan pembakaran pada tulisan icaf itu. Sedikit persembahan yang ditonjokan seperti tarian, nyanyian dan sebagainya.
Pelbagai hidangan yang dijamu iaitu nasi goreng , coleslaw , ayam bakar , sosej bakar, jagung bakar , nanchos , sos spageti bolognese dan air anggur. Alhamdulilah . rezeki . kenyang . .
Zira berasa gembira kerana dapat merapatkan lagi hubungan dengan mereka. Lama tak lepak bersama-sama. Apapun zira enjoy dengan dinner ni :)





No comments:
Post a Comment