SAYA SAYANG FEP 1.0 <3
Satu program anjuran exco khidmat sosial dan kemasyrakataan FEP yang melibakan aktiviti gotong royong di FEP. Pada hari tersebut zira telah menyertai program ini. Pendaftaran dibuat di depan lif aras 2. Zira mendapat kupon makanan kerana menjadi 50 terawal hadir. Kami diberi Nasi lemak untuk sarapan pada pagi itu.
Selepas itu, Ketua Kelab Pelajar Tahun Satu memberi penerangan mengenai aturcara aktiviti gotong-royong itu. Kami diagihkan kepada 3 kumpulan iaitu mengikut 3 bahagian tempat yang patut dibersihkan dan dicat. Bahagian yang pertama ialah di bahagian hadapan DK. Dimana pelajar membersihkan kawasan semak, mencabut rumput dan lain-lain. Bahagian kedua pula di tangga belakang. Di mana , kami perlu mengecat dinding yang berada di tangga tersebut. Zira terlibat di bahagian ini. Bahagian yang ketiga pula kawasan bilik seminar. Di mana, pelajar perlu mengecat juga pada dinding-dinding yang kotor itu.
Dalam jam 11.30, semua kerja telah selesai. Kami diberi makanan tengahari iaitu Nasi Ayam dan air Sirap. Zira berasa sungguh seronok dan berbangga dengan hasil kerja kita sendiri.Diharap bermanfaat kepada semua.
BERSIAR-SIAR <3
Pada petang itu pula, dengan tidak dirancang , zira bersama 2 orang kawan pergi bersiar-siar. Kami telah menuju ke Putrajaya. Di mana kami menuju ke Taman Botani di situ. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di Taman tersebut. Bagi yang ingin bersiar menaiki basikal, boleh didapti dan menyewanya. Daripada Taman tersebut, kita dapat lihat Masjid Putrajaya, Bangunan Perdana Menteri , dan tasik yang indah . Apa yang zira dapat ialah menikmati keindahan alam yang dapat menenangkan diri. Ahhh.. rasa lega sedikit :)
Diharap akan datang dapat menelajah lebih banyak lagi tempat-tempat yang best .







No comments:
Post a Comment