~ HARI MAKROEKONOMI ~
Apa lahh pulak hari makroekonomi ini kan?? Pada 25 November yang lalu , pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Makroekonomi I telah terlibat dengan hari makroekonomi ini. Di mana AJK-AJK yang terlibat merupakan daripada kalangan pelajar- pelajar itu sendiri. Tema pada program itu ialah "ROAD TO EPPD 1023".
Program ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang kursus Makroekonomi dengan lebih mendalam dan menyayangi kursus ini,Selain itu, pelajar dapat mengetahui kursus ini yang seiring dengan keadaan ekonomi pada negara sekarang. .
Tentatif bermula dengan minum pagi untuk semua pelajar-pelajar. Diteruskan dengan majlis perasmian iaitu ucapan wakil pelajar, wakil pensyarah dan ucapan perasmian Dekan FEP.
Dalam jam 10.00 pagi , majlis diteruskan dengan "GAME". Game ini berbentuk setiap kumpulan diberi barang amanah. Barang amanah tersebut iaitu pemadam, cengkerang, batang lidi dan wang palsu. Barang amanah itu hanyalah simbolik dan sebenarnya membawa makna tersendiri setiap barang itu. Pemadam bermaksud getah, cengkerang bermaksud petroleum , batang lidi bermkasud kayu balak dan wang palsu itu merupakan duit .
Tujuan game ini ialah untuk melatih para pelajar dalam menguruskan harta , berkomunikasi dengan orang lain untuk berdagang dan menguji minda dengan adanya klu-klu yang diberikan.
Seronok dapat menimba pengalaman sedemikian.
Pada pukul 11.30 pagi, majlis diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran dimana terdapat 18 kumpulan yang tersenerai pendek dalam pertandingan poster mengenai isu-isu ekonomi.Pekara yang tidak disangkakan ialah kumpulan zira terpilih dalam tersenerai pendek itu. Kami tidak sangka sebab rasa macam tak layak kalau tengok poster tersebut .Penilaian dibuat juga berdasarkan pembentangan para pelajar dalam menerangkan poster masing-,masing. Seterusnya Majlis berehat seketika untuk makan tenghari dan solat Zuhor.
Pada jam 2.00 petang , majlis diteruskan dengan ceramah oleh Pegawai Unit Perancang Ekonomi yang menerangkan hal-hal berkaitan ekonomi.
Majlis telah pun menuju ke akhirnya. Penyampaian hadiah diberikan oleh Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi untuk diberikan hadiah kepada para pemenang sekaligus menutup program pada hari itu.
Majlis berakhir. :)



No comments:
Post a Comment