TARAF PENDIDIKAN yang tak TINGGI mana LAGI .
Zira bermula dengan belajar pada peringkat paling rendah iaitu ketika berumur 6 tahun :-
TADIKA KEMAS bermulanya pembelajaran kenal huruf abc, nombor-nombor, melukis ,mewarna dan sebagainya yang tanpa disangka-sangka jikalau tiada tapak permulaan disini, tiada lahh menjadi seorang seperti sekarang.Tapi jika difikir kembali, sewaktu kecil lah saat yang paling menyeronokkan di mana kerjanya hanya ikut ayat cikgu, makan dan main .Tak payah nak fikir masalah, duit dan lain-lain yang sekarang menjadi benda terpenting dalam hidup kita.Betul kan?
Seterusnya zira melanjutkan ke taraf tinggi sikit,yelah kena laa sambung darjah satu pulak kan.

Inilah sekolah rendah zira iaitu SK BUKIT RAHMAT.Ramai orang bertanya kenapa namanya bukit rahmat ?? bukitnya ada rahmat ke?? Sebagaimana zira tahu. memang dekat belakang bangunan sekolah tu ade bukit.Dan bukit itu terdapat tanah perkuburan.Mungkin itu hikmahnya dan daripada itu laa sejarahnya terjadi.Apa yang zira dapat ingat, zira merupakan Pengawas Sekolah memegang jawatan Bendahari.Kerja pegang duit tu.HEE. Bajet-bajet kaya walhal pegang duit orang je.Banyak juga la kenangan manis di sini, tapi tak semestinya semua kenangan manis , mesti ada yang pahit.Yang zira rasa paling pahit ialah ketika keputusan UPSR. Mana tak nya, zira telah tercalon antara pelajar 5A , siap ambil gambar bagai. Tapi apakan daya ketika itu rezeki belum menyebelahi. Zira hanya mendapat 1A4B . Rakan-rakan yang tercalon semua dapat yang terbaik dan sambung ke sekolah yang lebih bagus. Walau bagaimanapun, zira tidak berputus asa. Zira menyambung ke sekolah menengah harian biasa .Ikuti gambar seterusnya.

Okay .Inilah tempat dimana dari tingkatan 1-5 berada di sekolah tersebut.Walaupun bukan lah sekolah berasrama penuh,MRSM atau sekolah bestari, Zira tetap berbangga berada di sini kerana sekolah ini merupakan sekolah luar bandar terbaik di daerah zira dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.Pada PMR zira dapat bangkit, dimana bukan lah dapat "STRAIGHT A" tetapi zira mendapat gred yang sama taraf dengan kelas atas.Zira bersyukur kepada Allah diberi rezeki sedemikian.Bukan apa,bukan mudah untuk membuatkan kedua ibubapa menangis kegembiraan kerana kita.Perasaan itu sangat luar biasa kalau kita dapat merasainya.Pada SPM , keputusan gred zira sebijik sebijon dengan time PMR, itu pun tidak dapat disangka sebab subjek yang ambil semua macam susah-susah.Mana ada benda yang senang kan kalau tak usaha dulu.Sedikit sebanyak perkongsian laa.Banyak nak cerita.tapi kang panjang sangat.
Lepas ni ke mana pulak ye hala tuju zira ???? JENG-JENG...Sebenarnya nak cerita,tempat seterusnya ni memang tiada dalam fikiran zira sebab bak kata orang memang susah laa nak dapat kat tempat ni.Mana tak nya ,"FRUST" kot tak dapat UPU.Tapi mungkin zira ke sana memang dah tertulis dan ada hikmahnya Allah itu memberikan kepada hambaNya.
.
Ke sinilah tempat seterusnya perjuangan zira. Kenangan banyak diperolehi walaupun tempoh dekat sini hanya setahun.Zira telah mendapat jurusan perakaunan.Dan paling "BEST" blok zira dekat dengan kelas tutor dan kuliah. Memang "LUCK". Kehidupan di matrik lebih kurang di sekolah juga, tetapi sedikit sebanyak perbezaannya.Zira bersyukur kerana selain daripada pembelajaran akademik, ilmu keagamaan banyak didedahkan seperti Program College Islamic Festival yang agak besar-besaran yang mengalukan kedatangan orang-orang hebat ,takzirah selepas magrib dan subuh yang dikelolakan oleh pelajar sendiri dan sebagainya. Kami juga belajar mengenai "SOFT SKILL" yang diterapkan dalam subjek Kemahiran Dinamika.
"ROOMATES" yang dirindui. :
Dari kiri:
SITI NUR ATIAH (KELANTAN), NUR AINSYAH (TERENGGANU) , SAYA , NUR SYAHIDA SAHIRA (NEGERI SEMBILAN )
"SERIUSLY" bermacam-macam ragam dan gelagat daripada ketiga-tiga ini yang tidak akan zira lupakan . Apapun zira merindui mereka dan berasa bersyukur dapat berkenalan dengan mereka. InsyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa kembali.
"NEXT" ..........
"CLASSMATES" yang dikasihani :
Okay zira masih ingat nama semua . .hmmm nak senarai kan ke???
Dari kiri belakang :
Tharisini,Fatin,Hasmira,Umi,Mek Yah,Jihah,Ain,Wani,Anis,Min,Zaty,Syer,Amy
Dari kiri hadapan :
Wan,Zira,Ainur,Hafiz,Irfan,Faiz,Dasma,Ika,Ira
So, zira rindu korang jugak. Harapan sama juga , harap dapat jumpa kembali. Terlalu banyak juga yang kita lalui bersama-sama. Masing-masing sekarang telah meneruskan perjuangan ke universiti-universiti lain dan zira harap mereka semua berjaya dalam apa jua di dunia dan di akhirat.Bersama-samalah kita berjuang untuk ke menara gading.AMINNN.
Banyak lagi nak kongsi. Tapi rasa da cukup kot untuk "slide" ni.
Zira berasa seronok dengan pengalaman yang ditimba dari kecil hingga lahh sekarang.Sedikit sebanyak zira pelajari darinya. TERIMA KASIH untuk semua tidak kiralah rakan dan guru-guru yang penah mendidik zira.
"AFTER THIS " ke mana laa zira kan?????
Next entry laa ky untuk cerita selanjutnya ke mana haluan zira :)