Minggu itu pertama di UKM iaitu pada 7 September bermula lah penjuangan zira. Tetapi belum lah masuk ke dalam kuliah sepenuhnya.Kami banyak diberi keterangan mengenai kursus-kursus yang perlu diambil serta mengenai citra. Rasa lain sangat berada di sini. Boleh "CULTURE SHOCK" dengan kehidupan di U ni. Walau bagaimanapun, zira menghadapi tekanan jugak. Lagi-lagi yang pasal citra tu. Memang macam tak faham apa-apa mulanya.
Perasaan zira berasa sangat takut . Takut tak boleh nk buat ,nak hadapi. Tapi zira kuatkan semangat untuk lawan perasaan yang dihadapi ini. Zira yakin kan diri yang zira rasa zira boleh buat . Belum mencuba belum tahu. Zira berharap Allah akan membantu zira dan permudahkan perjalanan zira ni.
Yang memeningkan lagi kepala kursus berubah-ubah. Sekejap dapat kursus ni,sekejap kursus lain. Kelakar pun ada. Dah masuk waktu pembelajaran. Tup2 tengok kuliah yang ramai selama 3 jam.Tiada lagi istilah kelas tutor yang kuaniti sedikit. Disitu lah kuliah, di situ lah tutor.Walau bagaimanapun, kita mesti hadapi apa yang di depan mata itu. Hidup di U ni pun bukan lah semata-mata belajar dan mendapat CGPA yang tinggi, kita kena seimbang antara belajar dan juga sahsiah diri / "SOFT SKILL".Kerana apa?? sebab zaman sekarang , orang tak lihat kita dari segi akademik sahaja , tetapi turut melihat kita dari pelbagai aspek yang lain yang turut penting untuk masa akan datang iaitu cara percakapan di khalayak ramai, keyakinan diri, berani dan sebagainya. Zira berharap juga sepanjang perjalanan di U ni dapat memberikan zira lebih banyak pengalaman dan juga melatih diri ini untuk terus dan lebih maju. Zira pun ta sekuat mana, masih dalam zon sederhana. Agak cemburu juga, ,melihat rakan-rakan lain yang berani dan menonjolkan diri. Zira masih mencari "SPECIALITY" dalam diri ini. Zira macam biasa-biasa je kan.So, harap-harap ada lahh..
Apapun halangan ,cabaran , atau dugaan yang dihadapi mestilah ditanggani dengan segera dan berkesan.Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah nya yang tersendiri. Perjalanan ini masih baru bermula , So apa tunggu lagi .Lakukan ia dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah ZIRA BOLEH !!!


No comments:
Post a Comment