Saturday, 26 September 2015

MINGGU MESRA MAHASISWA :)




Maka bermula lah perjalanan di sini.Saya ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki.Pada malam tersebut, kami diperkenalkan dengan barisan tertinggi kolej yang dimulakan oleh Pengetua, Bahagian Pentadbiran, Felo-felo, Majlis Eksekutif Pelajar dan pemudah-pemudah cara.
Kami didedahkan dengan sejarah-sejarah kolej, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan sebagainya.Kami turut mengisi borang maklumat diri dan kesihatan pelajar-pelajar tahun satu.Seterusnya, Pemudahcara/PC mengajar mengenai CHEERS KAB . Dimana kesemuanya amatlah kreatif dan inovasi. 


Pada hari kedua pula, di pagi yang indah, kami beramai-ramai bersenam dengan pelbagai gaya.Yang paling senam Zi Shua ( tak tahu betul ke tak ejaan nyer ). Selain itu, kami ditonjolkan dengan barisan tokoh-tokoh kolej , dimana semuanya hebat-hebat belaka. Mereka menerangkan tentang perjalanan kehidpan mereka. Terdapat juga pendedahan kelab-kelab yang terdapat di dalam kolej.Mereka -mempromosikan kelab-kelab tersebut bagi menarik perhatian pelajar-pelajar.Pada malam tersebut, kami perlulah mengisi borang perjanjian universiti.Ya Allah begitu payah mengisinya. Tulisan yang diisi mestilah mengikut "FONT" yang telah ditetapkan. Alah macam "FONT" komputer tetapi menggunakan tulisan pen warna hitam dakwat kering . HAHAHA. jenuh dibuatkan . Kalau salah kena minta borang baru. Zira guna sampai 3 ke 4 borang .Kesilapaan teknikal. 


Pada hari ketiga, kami semua bergerak ke Dataran Gemilang. Semua mahasiswa/i tahun satu semua kolej ditempatkan di sana.


Kami melihat aksi-aksi badan-badan uniform seperti Suksis,Palepes.Bulan Sabit Merah Malaysia, dan lain-lain. Kami turut dibawa mengelilingi kawasan UKM dengan berjalan kaki sahaja.

Pada hari keempat, Kami pergi ke DECTAR untuk melihat pertandingan "PITCHING" yang terdiri daripada wakil-wakil fakulti. Pada sesi petang pula, mahasiswa/i telah mengangkat ikrar.Maka segala rasminya kami semua telah menjadi Mahasiswa/i UKM :) .Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh-tokoh mahasiswa/i yang mempunyai ciri-ciri kehebatan mereka tersendiri.


Seterusnya, kami dibahagikan kepada beberapa rumah sukan.Ia dipilih berdasarkan warna kertas yang berada di dalam sampul yang kami terima. Kami menjalani aktiviti Explorace . terdapat 3 checkpoint bagi rumah sukan kumpulan A. Banyak pembelajaran yang dapat saya pelajari dari setiap checkpoint tersebut.Kerjasama antara ahli kumpulan amatlah penting.
Pada malam tersebut, majlis penutupan yang begitu meriah di DECTAR.Di mana ,pelbagai persembahan kebudayaan dipersembahkan seperti nyanyian, tarian , lakonan dan sebagainya. Naib Canselor turut serta berzapin di pentas. Suasana semakin meriah dan bahang dengan perlawanan CHEERS oleh setiap kolej di UKM ini.Perkara ini dinamakan sebagai Perang DECTAR . Dimana katanya perkara ini merupakan tradisi UKM yang dibuat turun temurun. Walaupun tidak mendapat sebarang hadiah, tetapi semangat kental yang dapat ditonjolkan. Katanya, sesiapa yang paling terakhir di dalam DECTAR itu merupakan pemenangnya. 


Hari terakhir MMM...

Kami diberikan tugasan untuk membuat majlis penutupan MMM di kolej. Dimana, semua pelajar tahun satu membuat persediaan  dari segi protokol,teknikal, persembahan, dan sebagainya. PC hanya membantu. Kami diagihkan post-post mengikut kumpulan BUDDY'S. Segala persiapan  dibuat bersama-sama bagi menjayakan majlis tersebut. Malam yang ditunggukan amatlah meriah. Kami berpakaian pakaian formal bagi menghormati majlis. Persembahan yang dipersembahkan tidak kurang hebat nya . Kami umpama sebuah keluarga yang besar. Saya bersyukur di tempat kan disini.InsyaAllah akan buat yang terbaik demi nama kolej dan juga UKM.





No comments:

Post a Comment