INI KISAH SAYA !
SIAPAKAH GERANGAN DI ATAS????
Siapa lagi kalau bukan saya laa.Nama diberi NUR HAZIRAH BINTI SUHAIMI.Saya merupakan anak kelahiran negeri JOHOR dimana menetap di daerah BATU PAHAT.Kalau ade ayat ek,ek,ek tu Johor laaa. Dari segi fizikal nampak tak la kurus sangat , tak la gemuk sangat kan? SEDANG-SEDANG saja laa.HEHE :)
Umur ? pun muda lagi . ikut tahun ni 19 walaupun tak cukup umur lagi.Biasa laa lahir akhir tahun.Ingat 12.12. ingat zira ok.Tarikh keramat tu.Kita pergi ke arah keluarga la pula ye.
JENG-JENG !! "SUHAIMI'S FAMILY"
01 Syawal 14354
28 Julai 2014
Alhamdulillah atas kurniaan Allah S.W.T yang telah memberikan sebuah keluarga yang cukup
lengkap. Cuba teka ?? Agak-agak zira anak ke berapa ??? Tengok muka laa kan. Mestilah yang bongsu sekali. Adik laa kan katanya. OPS ! jangan nak fikir anak bongsu tu manja laa, boleh dapat semua benda la, itu TIDAK sama sekali. Bagi zira semua sama je. Cuma kelebihan pada yang "ADIK" ni macam pandai laa bab-bab membodek. HEHE.Okay,
Kita mulakan dengan orang paling penting tu iaitu tidak lain tidak bukan ayahanda tersayang SUHAIMI BIN ISMAIL ( pakai baju warna hijau) yang merupakan ketua keluarga la kan.Merupakan seorang muka agak garang tapi tak laa sangat sebenarnya.
Kedua, manusia paling dicintai RUZAIDA BINTI JUFFRI yang merupakan orang yang paling zira rapat sebab mak seorang yang sangat "SPORTING". Segala cerita atau masalah akan zira ceritakan semuanya.Tiada istilah rahsia.Dengan itu, mak adalah insan yang sangat "SPECIAL" yang boleh menjadi ibu dan kawan dalam satu masa.
Seterusnya, zira mempunyai seorang kakak yang banyak menyokong zira.Zira memanggil beliau dengan gelaran "ALONG".Nama dalam i/c HAIRUNNIZA BINTI SUHAIMI ( pakai baju warna keemasan yang acah-acah "vouge" ) . Dia sudah pun berumahtangga dan memperoleh seorang putera hidung mancung ala hidustan kononnya. Istimewanya zira mempunyai 2 abang iaitu "ANGAH" dan "ACIK". Nama dalam i/c angah ialah MOHD HARIZ BIN SUHAIMI ( pakai baju warna merah makngah) yang juga telah berumahtangga dan memperoleh seorang putera bermata besar. Acik pula bernama MUHAMMAD LUTFI BIN SUHAIMI (pakai baju warna kelabu) yang masih bujang setakat ini.
Mak sememangnya bersyukur sebab dikurniakan sepasang anak perempuan dan sepasang anak lelaki.Kira seimbang laa katanya. TERBAIKK laaa mak ayah.GOOD JOB !! HAHA :D
Setakat itu sahaja lah perkenalan zira dan keluarga.Ingin berkenalan dengan lebih rapat ?? Cari lah saya ! (gurau).
p/s Setiap ahli keluarga mempunyai karakter yang tersendiri yang membuatkan sesebuah keluarga itu mejadi lebih lengkap :)


No comments:
Post a Comment