Tuesday, 8 September 2015

UKM ????


      Perjuangan zira diterusnya disini lahh. Tiada lintas di fikiran dapat tawaran dekat sini. Lagi-lagi zira seolah-olah fobia dengan UPU ni . Takut juga tak dapat kat mana-mana.Dengan hati tergerak cakap masa "INTERVIEW" macam salah je semua jawapan. Tapi tulah rezeki manusia itu ada di mana-mana dan Alhamdulillah takdir Allah meletakkan zira di sini menjadi sebagai seorang prasiswazah.


     Hari Pertama, Hari Pendaftaran :


      Terima kasih buat mak , ayah dan abang ipar yang telah menghantar zira ke sini. 

    Saat pertama yang dilakukan ialah dengan  mendaftar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kami dibawa meronda sekeliling fakulti untuk memudahkan para prasiswazah mengetahui tempat-tempat yang penting dalam bangunan fakulti ini.Debaran di dalam hati ini semakin kuat kerana sedikit sebanyak merasai perjalanan yang bakal dihadapi.

    Seterusnya, kami ke kolej kediaman untuk mengetahui keberadaan bilik. Yang paling menggembirakan hati, zira telah mendapat Kolej Aminuddin Baki , dimana kolej yang paling dekat dengan fakulti. Sememangnya bersyukur laa. Dah siap kemas-kemas semua, ayah mak bergerak pulang. Dah mula la babak cerita melayu .HEHE .
Zira sememangnya mudah bab-bab meleleh ni. Cepat je mengalir . hahaha .Kelakar pun ada , macam tak pernah berpisah pula. Tapi yang sebenarnya, perasaan yang paling zira rasa takut ialah Amanah daripada kedua ibubapa yang mengharapkan kejayaan daripada kita .
Jadi, kenalah kuatkan azam, kuatkan semangat untuk menghadapi perjalanan ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. 



    Minggu Mesra Mahasiswa akan disambung pada seterusnya . Jadi tunggu !  

          


No comments:

Post a Comment