
" LEZZO RESTAURANT " nama gabungan antara "BIG BOSS" and "LADY BOSS".
Zira telah
bekerja selama hampir 3 bulan sebelum meneruskan perjuangan hidup seterusnya
itu.Bermacam pengalaman yang dapat zira timba.Yang paling zira
"RESPECT" boss zira tu baru berumur 27 tahun tetapi dapat membuka
sebuah restoran yang sedemikian. Pandai pun pandai .Siap ada "MASTER"
.Tapi yang paling seronok, zira bekerja bukan sebagai majikan dan pekerja
tetapi macam sebuah keluarga.Kami bekerja bersama-sama walaupun dia seorang
''BOSS" ,dia tetap turun padang ke dapur membantu tukang masak yang ada.
Restoran ini lebih popular digelar sebagai sebuah restoran "HIPSTER" yang disukai oleh remaja-remaja serta ahli keluarga zaman kini yang mengikut trend terkini kerana tertarik dengan "DESIGN" kedai tersebut.Walau bagaimanapun, makanan yang kami sediakan pelbagai jenis iaitu "MALAYSIAN FOOD" , "WESTERN FOOD " dan "BURGER RARE ".Burger yang sangat unik dan paling membanggakan kami "MARINATES" sendiri daging dan ayam tersebut.FULAMAK! promosi kan tempat kerja lama pulak kan.
Contoh burger :
Terliur
bukan?? Nanti datang Batu Pahat . Datanglahh ke LEZZO RESTAURANT.
Selain itu, walaupun skop kerja zira ialah seorang pelayan ( WAITRESS)
tetapi pelbagai kerja yang zira dapat buat. Zira juga menjadik juruwang
(CASHIER) ,tolong pekerja yang lain menyediakan makanan dan sebagainya. Apa
yang zira rasa, gaji itu tidak la berapa yang diutamakan, apa yang zira
perlukan ialah belajar sesuatu yang baru dan menimba lebih banyak pengalaman.
Pelbagai karenah pelanggan yang akan mengajar kita erti kesabaran dan cara-cara
untuk mengatasi masalah dengan mereka . Seperti mana ada mengatakan
"CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT" .
Contoh
pelanggan :
HEHEHE . Siapa
laahh pelanggan tu kan??? Mesti semua kenal. hee. Inilah salah seorang
pelanggan yang pernah ke restoran kami. :)
Kenangan seterusnya yang tidak dilupakan ialah :
Sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri, Kami sempat "PHOTOSHOOT"bersama-sama untuk dijadikan kenangan . Ketika ini, pekerja yang berkerja di bahagian hadapan, kena berpakaian seperti di atas. Jadi gadis ayu sangat laa zira..hehehe. nampak semangatnya.
Ketika hari raya ketiga :
Lokasi : Di rumah Zira.
Kami membuat marhaban ke rumah masing-masing
dari tengahari sampai ke malam.Tujuannya untuk berkenalan bersama-sama keluarga
pekerja dan juga majikan. Sememangnya kami dah macam 1 keluarga. Kenyang habis
laa hari tu. Semua rumah ada sahaja makanan. Zira harap raya tahun depan dapat
sertai lagi walaupun bukan lagi sebagai pekerja . HEHE .
Yang pasti "TERIMA KASIH
BOSS" bagi peluang kat zira timba macam-macam ilmu.Doakan kejayaan zira
okay .




No comments:
Post a Comment