Saturday, 31 October 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUPAN SUKEM 2015 


    Pada kali ini, zira terlibat dalam membantu untuk menguruskan acara dalam majlis penyampaian hadiah dan penutupan Sukem 2015. Zira terlibat disebabkan oleh CITRA PENGURUSAN ACARA. Pada mulanya, tugas kami hanyalah memberikan borang soal selidik. Tetapi , sewaktu itu, pengajar citra telah meminta bantuan untuk salah seorang daripada kami. Zira surrender untuk membantu pengajar tersebut.Rupanya tugas yang perlu zira buat lah. sama-sama menyambut dan mengiringi VVIP ke dalam bilik VVIP sebelum acara bermula. Kira dikuarintin dahalu. 

    Walaubagaimanapun,secara tidak sengaja.Kami terpaksa melayan dan menghidangkan sedikit makanan iaitu buah-buahan dan sandwich serta air panas ( TEH TARIK / NESCAFE) . Ini disebabkan krew-krew Catering tidak kelihatan di tempat tersebut. Maka yang ada hanya kami berdua, buat sahaja lahh. . Selepas itu, kami mengagihkan baju T-shirt sebagai tanda cenderamata kepada tetamu VVIP ini. 


  





    Majlis diteruskan dengan gimik persembahan touch fit dari atlet-atlet. Seterusnya, persembahan kawad daripada setiap kolej yang diberi masa selama 3 minit untuk dipersembahankan. Pelbagai kreativiti yang ditonjolkan dan mascot seperti beruk,lebah,kartun minion, harimau dan sebagainya. 





Majlis yang ditunggu lagi ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.Terdapat banyak acara yang masih belum diberikan.Maka perjalanan majlis agak sedikit lambat. Nasib acara olahraga telah diberikan penyampaian hadiah. Kalau tak , mesti lagi lambat. 

     Pengumuman yang ditunggu yang menjadi debaran setiap kolej ialah penyampaian hadiah kepada pemenang keseluruhan iaitu KOLEJ AMINUDDIN BAKI iaitu kolej zira sendiri . HEHE . KAB telah mencatatkan bahawa juara 4 tahun berturut-turut. TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang yang langsung mahupun yang tidak langsung. 





Majlis itu diakhiri dengan jamuan makan kepada para tetamu-tetamu VVIP . Zira turut serta makan makanan tersebut iaitu MI HOON SUP . BOlehhh laaa sedap. tengah lapar kot. 

  Sekian laporan dari saya. Terima Kasih :)






Saturday, 24 October 2015

SUKEM ??? GOLF :)


   Apa itu SUKEM ye?? SUKEM merupakan aktiviti sukan tahunan UKM yang melibatkan semua kolej di UKM yang merangkumi pelbagai acara. Yang paling kelakar ialah zira menyertai golf. HAHAHA. Zira banyak gak laa tulis nama untuk sertai bola baling, woodball ,dan futsal. Tetapi macam woodball zira tak dapat ke selection, sebab ada lagi budak masum yang lebih hebat. Futsal pula, zira tak pergi training nya .tup tup terus ke selection, zira tak ada rezeki naik main kot kat situ . Bola baling lagi laa. Zira tak ada tunjuk muka sebab masa yang sama training woodball, ada bola baling. So tak dapat jugak masuk.And The last... golf?? Memandangkan golf perempuan tak ada yang tulis nama selain zira dan ada lagi sorang budak tahun satu . Zira termasuk masuk dengan hanya melatih 1 hari dan terus ke game . Kelakar kan??

   Pada 19 Oktober 2015, berlakunya hari perlawanan  golf yang dibuat di Danau. FUhhhhh pengalaman yang tidak terhingga yang zira dapat timba. Di samping dapat mempelajari cara- cara permainan golf ni.Yelah bukan senang-senang dapat main kan. SUKAN ORANG KAYA selalu orang-orang akan cakap.




     Yang sebelah zira tuu kira 1 team laaa kiteorang yang mewakili KAB . Dia tak payah cakap .Orang prooo tuuu. Dah samapai peringkat kebangsaan tuuu. Dia mula bermain golf dari umur 8 tahun tuu. kira LEGEND laaa. .hehehe

     Tapi perkara yang zira paling teruja ialah zira dapat memandu buggy. Alah kenderaan ynag dalam golf tuu. Serius seronokkkkk sanagat. Macam bawak ala-ala kereta auto rupanya. 

      



       Acah-acah kan ?? hahaha.Perkara yang   Paling ditunggu lagi ialah KAB mendapat tempat pertama iaitu emas dalam kedua-dua kategori iaitu lelaki dan juga perempuan. Serius bagi zira ,zir hanya menumpang nama . Macam tak sumbang papa je . . 






HIDUP KAB :)  Masih mengumpul sebanyak EMAS dalam acara yang lain. .
  

Sunday, 18 October 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437

    Baru-baru ini , kita sebagai umat islam telah menyambut Awal Muharram yang lebih dikenali sebagai MAAL HIJRAH.  Kalau mengikut kalendar barat, Awal Muharram jatuh pada 14 Oktober 2015 , hari Rabu. Dan yang pasti pada hari itu seluruh negeri di Malaysia cuti, cuti umum :)
Apa sebenarnya hari maal hijrah ini?? kenapa dipanggil sedemikian ???


     Zira hanya nak kongsikan sedikit sebanyak apa yang zira tahu lahh. Setiap tahun sambutan Maal Hijrah selalunya akan disambut . Setiap tahun , akan mempunyai tema yang bersesuain. Pada tahun ini, tema yang diberikan ialah 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'. 






   
 Sejarah disebalik Maal Hijrah :

   Kisah perpindahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Kota Madinah untuk menyelamatkan islam daripada ditindas.
  
    Rasulullah ﷺ berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad ﷺ, bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.


    Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah ﷺ hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.

   Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

   Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah ﷺ mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.



   Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah ﷺtelah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah ﷺpun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبحانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.



    Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah ﷺ juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).

    Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah ﷺ walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.



   Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah ﷺ. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah ﷺ. Mereka begitu yakin Rasulullah ﷺ tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah ﷺbangun dari katil itu.Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah ﷺ keluar dari rumah itu.


    Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.



   Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah ﷺ tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبحانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.



   Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah ﷺdan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبحانه وتعالى.



   Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah ﷺ. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah ﷺ. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

   Akhirnya dengan perlindungan Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.


   Ketika Rasulullah ﷺ dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah ﷺ. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah ﷺ di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

   Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah ﷺ akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullah ﷺ menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.

    Bertitik tolak dari itu, Rasulullah ﷺ mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبحانه وتعالى.

     Kesan daripada penghijrahan Rasulullahﷺ dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Sedikit ringkasan sejarah tersebut :




   Tetapi kebanyakkan umat islam menganggap hijrah ini juga sebagai satu azam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Di mana, segala buku amalan kita telah diangkat . Jadi, sebagai tanda maal hijrah, zira berdoa agar kita semua diberikan umur yang panjang dalam melakukan kebajikan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan , bahagia di dunia dan di akhirat serta mengharapkan tahun yang baru ini semakin baik dan amalan pahala yang berlipat lebih ganda diperolehi .AMINNNN.


   Oleh itu ,pada hari Selasa tersebut , umat islam akan membaca doa akhir tahun pada waktu akhir asar.Disunatkan untuk memeperbanyakkan istigfar sementara menunggu azan magrib berkumandang. Selepas itu , diikuti solat magrib, bacaan yassin dan membaca doa awal tahun . Berikut amalan yang disarankan dalam menyambut Maal Hijrah ini. 





  BERSAMA-SAMALAH KITA BERHIJRAH KE ARAH YANG LEBIH DIREDHAI ALLAH S.W.T DAN MELAKUKAN SEGALA URUSANNYA SERTA MENJAUHI SEGALA LARANGAN UNTUK AKHIRAT KELAK. -  saling ingat mengingati sesama kita kerana tiada insan yang sempurna di dunia ini.

     

       

Saturday, 17 October 2015

HAR SUKAN NEGARA


Apa itu HARI SUKAN NEGARA ???

     Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.Maka dengan rasminya Hari Sukan Negara pada tahun ini ialah 10 Oktober 2015. 

    Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

     Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.


       Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.





     Maka, pihak UKM turut menjayakan hari sukan negara ini dimana pada hari Jumaat ( 9 Oktober 2015 ) . Zira terlibat dalam menjayakan program dimana CITRA ASAS PENGURUSAN ACARA DAN ASAS SUKARELAWAN dianggap penganjur program tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlaku.

    Zira dilantik sebagai AJK Dokumentasi di mana zira bersama-sama ajk yang lain hanya mengambil gambar dan merakan video sepanjang program itu dijalankan.Selain itu, mengambil gambar lengkap AJK-AJK dan pihak lain yang secara langsung atau tidak dalam menjayakan program tersebut. Kami turut akan membuat video multimedia dan laporan keseluruhan  program .


    Hari Sukan Negara itu dijangka akan  bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada 7.00 petang. Ia berlangsung di Stadium UKM . Aktiviti yang dijalanakan ialah Marathon SenamRobik selama 4 jam yang dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar senamrobik.






     Selain itu, CITRA ASAS SPORT MASSAGE turut terlibat dengan memberikan urutan secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Mereka menggunakan teknik-teknik urutan sukan yang betul dalam urutan kaki. Urutan diberikan dalam masa 10 minit.  Zira turut serta merasai sendiri urutan tersebut. Seronok pulak rasanya taw. :D
Hilang lenguh kaki ni. hahahaha





       Aktiviti lain ialah bola padang yang dijayakan oleh pelajar-pelajar CITRA ASAS BOLA PADANG . Ia dapat melatih para pelajar yang baru menceburi dan merasai pengalaman bermain bola padang. Setakat itu sahaja yang dapat zira kongsikan kerana akan disebabkan zira mempunyai kelas ganti sewaktu petang itu, zira agak sedikit lambat ke stadium. 

   Walaubagaiamanapun, kami semua berpuas hati dalam bersama-sama mnguruskan program ini.Sedikit sebnayak pengalaman dan ilmu yang dapat zira perolehi daripadanya. Kami dapat belajar sesuatu daripadanya . 
Enjoy dalam melaksanakan tugas itu penting kerana walau penat mana yang kita rasa, kalau kita enjoy , mesti rasa penat itu akan hilang. Dan yang lebih penting , ikhlas dalam menjadi sukarelawan dan tidak menharapkan apa-apa balasan .

 SETTLE ! DONE :)








        

Sunday, 11 October 2015

KEM INDUKSI KAB LAA PULAKK.


 Pada 2 Oktober 2015 , pihak KAB telah menganjurkan satu kem induksi yang akan melibatkan mahasiswa/i tahun satu. Zira turut serta dalam kem ini cuma zira pergi lambat sedikit. Tak gerak sama-sama dengan kawan-kawan yang lain yang berjalan kaki ke Hutan Pendidikan Alam (HUPA) yang berada di dalam UKM juga. Zira tidak dapt ikut bersama-sama akibat zira pergi ke kelas ganti Makroekonomi dahulu petang jumaat itu. Balik jelah kelas, zira terus berkumpul di Foyer  bersama-sama rakan yang lain yang juga mempunyai kelas. Apa yang lebih menguntungkan, kami pergi menaiki kereta. Memang nampak macam tak adil kan, tapi apakan daya bukan kehendak kami untuk pergi lambat. Ada halangan .Apapun zira dapt kedua-duanya sekali . Puas hati, kelas dapat, ke kem pun dapat. HEHEHE. 


   Sampai je ke HUPA , rasa janggal lah jugak, semua pelajar yang lain tengok tak puas hati laa tuu. heee SORRYYY LAHH SEMUA >_< . . bukan sengaja ky. . Pada malam itu, kami diberi tugasan untuk melukis logo kumpulan masing-masing. Kumpulan zira merupakan kumpulan kelima. Logo kami nampak "SIMPLE" tetapi bermakna auw. Sebelum itu, kami semua diberi barang-barang amanah iaitu biskut bergula % keping, jarum 3 batang , lilin 2 batang dan juga 5 batang mancis.


   Agak-agak apa simbol lukisan kumpulan zira???? Mesti semua terfikir semut kan??? Ini bukan semut, bukan kutu tapi ini adalah ANAI-ANAI. .
Statement yang sangat kelakar, dan semua orang ketawa terbahak-bahak termasuk zira sendiri. Moto kumpulan kami ialah "UNITY IS MY PRIORITY".

  Aktiviti seterusnya, game pembelian pulau. Kami diberi 1 juta. Jadi, kami diberi pilihan untuk memilih pulau yang kecil,sederhana atau besar. Malangnya , kumpulan kami hanya sempat mendapat pulau yang kecil. Kami turut disuruh memilih sektor apa untuk dijalankan di pulau tersebut. Sektor yang kami perolehi ialah sektor perindustrian. Kononnya, kami menjalankan perindustrian makanan. Kami turut serta dalam pembelian saham. Sewaktu pengumuman pertama , saham kami jatuh. Kali kedua , kami mendapat keuntungan saham . Lepas itu,dikatakan terdapt bencana alam telah berlaku di kawasan selatan. Itulahh benda paling menyedihkan, kami telah menampal kilang makanan kami di kawasan selatan.Oleh kerana itu, kilang tersebut terpaksa dicabut. Nampak macam kelakar la .Kami seolah-olah tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan . Apabila selesai, kami disuruh mengira kesemua wang tunai dan juga saham , kumpulan kami mendapati mengalami sebanyak 30 000 something kerugian. Game ini mencabar minda dan juga mengikut nasib sahaja. 

  Selepas itu, apa lagi aktiviti kalau bukan "NIGHTWALK". Memang tak sah lah kan kalau tak ada benda ini kalau pergi ke kem. Pada malam tersebut, kami meredah hutan dalam satu kumpulan , dimana kami diberi satu lagi barang amanah iaitu benang yang perlu dijaga sepanjang perjalanan. Yang lebih mengusik minda, kami serba salah dalam menggunakan lilin. Ini kerana, kalau difikir kembali, lilin tersebut merupakan amanah, tak kan la nk guna kan. Tetapi kumpulan kami mengambil keputusan untuk menggunakannya. Kami terpaksa mencari jalan keluar dengan berpandukan tali rapia yang diikat di pokok2 . Tetapi tali rapia itu tidaklah berada di sepanjang pokok , ia bersambung-sambung. Kami turut diberi kata laluan apabila berjumpa dengan orang yang kami rasa itu adalah PC. Kata laluan tersebut berbentuk "Assalamualaikum UKM 7 . No yang dikeluarkan mestilah yang akan dijawab jumlah nya 10. Yang pasti no yang dikecualikan untuk sebut ialah nombor 5. Alhamdulilah,kumpulan kami tidak sesat.Walaupun banyak kali dikacau oleh PC . Akhirnya kami menjumpai jalan pengakhiran keluar.  
   
   Keesokkannya aktiviti "EXPLORE RACE " .





   Terdapat 9 checkpoint yang perlu kami tempuhi. Banyak gak kalau nak cerita satu2. Tapi yang paling menyeronokkan ialah semasa checkpoint dimana kami disuruh berguling di lumpur sehinggalah pakaian yang dipakai sekotor-kotornya.



    Dan akhirnya kumpulan kami dapat mengumpul markah sebanyak 660. Daripada markah yang kami peroleh itu, aktiviti seterusnya berkait rapat. Kami disuruh untuk memasak sendiri makan malam pada hari itu. Daripada markah yang kami dapati itu bertukar kepada wang palsu, yang perlu kami berbelanja untuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak. Kumpulan kami membuat keputusan untuk memasak sardin, sayur kubis tumis dan ayam gunting goreng. Pada masa yang ditetapkan, akhirnya siap kesemuanya. Kami bersedia untuk makan tetapi kami diarahkan untuk bertukar makanan dengan kumpulan lain. Motif dibuat begitu ,untuk memberi pengajaran agar kita belajar memberi dengan hati yang terbuka dan bayangkan jikalau pada awalnya kita disuruh untuk memasak untuk orang lain.Gerenti kita tidak akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. 


   Selesai sudah makan, tetiba kami dimarahi akibat kelakuan yang kami lakukan. Wakil setiap kumpulan dipanggil dan disuruh bumping serta diarahkan memasuki hutan. Kami berasa pelik akan perangai ketua felo kami tersebut. Apabila salah seorang dari kami , ingin  membantu dan mengikut wakil dari kumpulan tersebut,beliau dimarahi dan ditengking. Akhirnya, terdapat pecahan 3 kumpulan dimana wakil kumpulan yang sudah berada di dalam hutan, kumpulan yang ingin mencari wakil kumpulan tersebut dan juga kumpulan yang tidak mengetahui untuk melakukan apa-apa. Keadaan menjadi huru hara. Tetapi apabila kumpulan kedua itu memasuki hutan, kami disuruh keluar dari hutan pula. Kami menjadi bingung dan keliru dengan apa yang berlaku.Tidak tahu mana yang betu dan mana yang salah. Dan akhirnya, setelah kami keluar dari hutan, wakil kumpulan kami pun pulang. Apa yang nak diceritakan , mereka menginginkan kami sedar akan penting nya sebuah kekeluargaan itu. Walaupun semua yang dilakukan iu semua lakonan semata-mata tetapi memberi impak kepada kami semua. Wakil kumpulan dari setiap kumpulan disuruh menceritakan segalanya yang berlaku.

   
   Keesokan pagi, kami diberi tugasan untuk membuat satu sketsa komedi dimana diberikan satu alatan kepada setiap kumpulan. Kita perlulah kreatif dalam menukarkan alatan itu kepada benda yang lain . Jangan mengikut fungsi sebenar alatan tersebut. Kumpulan zira mendapat sebuah gayung. Tidak lahh sesusah mana untuk diubah. Selepas itu, kami diberi amanat untuk melakukan 2 program yang akan dikendalikan oleh pelajar tahun satu . Jadi, kami semua bersepakat untuk membuat pemilihan ketua,penolong, setiausaha dan bendahari program berdasarkan pilihan undian ramai. 

   Kem menghampiri ke akhir program, terdapat ucapan oleh Pengetua Kolej, Ketua Majlis Eksekutif Pelajar, Tokoh Pelajar Lelaki dan Perempuan serta violentier untuk berkongsi cerita mengenai kem induksi ini. Jamuan Nasi Ayam untuk mengakhiri program ini. Yang selama ini kami hanyalah menikmati sardin dan sayur kubis serta biskut kering. 
Kami bersama-sama membersihkan seluruh kawasan sebelum berangkat pulang ke kolej . DAHHH HABIS DAHH KEM  !! BALIKKK !!!








# Pengalaman semakin bertambah yang membuatkan diri kita semakin matang dan berfikiran luas. :)



  

Saturday, 10 October 2015

BMART ????




  Apa itu BMART ??? Bmart adalah satu kelab yang ada di KAB iaitu satu mini market dan kedai photostat.  Zira telah tertarik untuk menyertainya. Zira pun isilah nama kat borang. Rupa-rupanya pemilihan menjadi ahli Bmart ni perlulah menempuhi satu temuduga. Zira merupakan antara pelajar sesi 12. Kami ditemuduga pada pukul 11 malam. Antara soalan yang ditanya ialah perkenalan diri, bakat, pengalaman , sebab memilih bmart dan juga pemilihan yang hendak dibuat ketika semester 2. Ini kerana, menjadi  ahli BMART  hanyalah pada semester satu. Melainkan akan menjadi Majlis Tertinggi(MT) Bmart .

 
   Pada malam itu, seramai 10 orang berada di sesi 12 itu. Yang paling zira tak suka. Kena berebut nak jawab soalan. Sejujurnya nampak sengit sangat sebab semuanya hebat-hebat belaka. Zira rasa rendah diri sangat. Walaubagaimanapun, zira tetap berjuang dan berebut untuk memjawab kesemua soalan. Okay settle interview. So tinggal tunggu jawapan dan keputusan seterusnya.


    JENG-JENG    Pada suatu malam, tetiba telefon zira berbunyi. Rupanya ada satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah zira terima. Apa yang mengejutkan, ayat yang tertera berbentuk "Tahniah, anda berjaya menjadi ahli Bmart . Sila hadir ke Kem Induksi pada minggu hadapan. 


KEM INDUKSI BMART...


   Aktiviti pertama yang kami lakukn ialah sesi briefing untuk mengenal nama masing-masing.Game yang kami lakukan ialah sebut nama serta gaya masing-masing yang tersendiri. Penat juga la ulang bebanyak kali. Tapi berbaloi laaa . dapat ingat nama semua .HEHEHE. 

    Aktiviti seterusnya,ala-ala kotak beracun. Kami bertukar tempat duduk. Kami diberi satu balang untuk nanti pass ke kawan sebelah. Lagu dimainkan.Apabila lagu berhenti, balang itu berada di tangan siapalah , dia yang kena menjawab soalan dari MT. Jikalau tidak mendapat jawapan, pelajar dikenakan mengambil satu kertas dari balang tersebut dan membuat arahan yang diberikan di dalam kertas itu. Itu dikira denda.

     
     Seterusnya, kami disuruh memandang belakang untuk MT menampal satu kertas di belakang iaitu kertas yang tertera nombor. Rupanya nombor utuk kumpulan. Okay task untuk kumpulan, semua kumpulan diberi wang yang telah ditetapkan seperti kami menerima sebanyak RM3.50. Wang yang telah diterima itu, kami perlu membeli apa-apa sahaja barang di BMART, yang paling pasti , mestilah berharga seperti wang yang diterima. Kira ngam-ngam dengan harga. Kumpulan zira telah membeli Roti Gardenia , sekotak air epal dan gula-gula mint.

     Tugasan seterusnya, setiap kumpulan perlulah membuat persembahan berdasarkan kertas yang telah dicabut undi. Kumpulan zira terpilih untuk membuat boria. Boria kami perlulah mengandungi perkara berkenan barang yang telah kami beli itu. Dalam masa 1 jam lebih , kami bekerjasama membincangkan rangkap-rangkap boria itu. Kira idea ciptaan penuh dari ahli-ahli kumpulan.Tiada istilah "COPY AND PASTE". Setelah siap membuat rangkap tersebut, kami berlatih dalam masa 15 minit untuk mengetahui gaya yang sepatutnya. 


     Kami dipanggil untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Nasib lauk sedap , NASI AYAM ! yummmmyyyyyy :D . . Kami diberi rehat seketika untuk menunaikan solat zuhor dan aktiviti seterusnya bersambung jam 2.00 petang. Sesi seterusnya diteruskan oleh penyelaras BMART bagi menerangkan sejarah, misi dan visi Bmart serta hal-hal yang berkaitan dengan BMART dan Kedai Photostat. 


      Masa yang ditunggu lagi, persembahan di setiap kumpulan, Ada kumpulan yang melakukan sketsa pendek, nyanyian dan turut boria. Kami terpilih untuk membuat persembahan yang ketiga. Dan akhirnya kami berasa sungguh gembira , Kumpulan kami dinobatkan JUARA. Tidak sia-sia hasil usaha kami walaupun hanya berlatih dalam masa beberapa minit sahaja. CAYAA LAHHH . HIDUP BORIA. Kami menerima hadiah yang cukup simple, iaitu sepotong aiskrim kepada  setiap ahli kumpulan. Tak apalah bersyukur jelah . Janji FREE heheheh :) 



 Apapun pengalaman dan ilmu yang lebih penting yang dapat zira perolehi daripada kem yang hanya peruntuk selama 1 hari . Walaupun ringkas , ia tetap bermakna. Dan yang lebih penting , selepas dari kem ini, kami semua akan bekerjasama bersama-sama memajukan kedai BMART dan juga Kedai Photostat. CAIYOKK LAAHHH BATCH 6 !!!WE CAN DO IT ! I LOVE YOU ALL . :p

SATU TANGGUNGJAWAB BERSAMA SELEPAS KEM INI IALAH MENJAGA KEDAI BMART DAN KEDAI PHOTOSTAT SECARA BERGILIR-GILIR MENGIKUT JADUAL YANG TELAH DITETAPKAN .





-I LOVE BMART-




Sunday, 4 October 2015

INTERHOUSE KAB...


     INTERHOUSE adalah satu aktiviti tahunan yang akan dilakukan pada setiap tahun bagi mencari bakat-bakat pelajar baru tahun satu dalam bidang sukan  serta merapatkan hubungan kekeluargaan di kolej. Kami bertandng berdasarkan rumah sukan masing-masing.Acara sukan yang dipertandingkan ialah Futsal (L) dan (P) , Bola Sepak , Bola Jaring , Bola Tampar (L) dan (P).Semua acara ini dilakukan di padang UKM.







    Zira telah menyertai acara Bola Jaring . Futsal dan juga Bola Tampar. Zira merupakan ahli kumpulan warna ungu atau lebih digelar "RAYVENS".
Sewaktu acara Bola Jaring, kumpulan kami dapat ke pusingan terakhir iaitu lawan dengan kumpulan kelabu.Tetapi rezeki tak menyebelah , kami hanya mendapat tempat kedua sahaja.

   Acara Futsal pula, kami tidaklah sehebat mana, kami hanya mendapat temp;at ketiga. Kami tewas sewaktu lawan dengan kumpulan warna "OREN" . Dan keputusan futsal di pusingan akhir turut dijuarai oleh kumpulan kelabu. 


    Seterusya, acara Bola Tampar , seperti biasa kami bertemu dengan kumpulan warna kelabu, Turut tewas di pusingan akhir.Kumpulan Kelabu menguasai tempat pertama . Ini hanyalah keputusan pertandingan perempuan . Yang lelaki punya zira tak tahu sangat. Yelah . sibuk berlawan . Jadi tak tahu kesemua nya. 


    Apapun , keputusan rasmi yang dikira berdasarkan keseluruhan acara lelaki dan perempuan , kumpulan warna kelabu dinobatkan tempat pertama walaupun katanya kumpulan lelaki mereka tidaklah sehebat kumpulan perempuan. Tak mengapalah. rezeki mereka . So , kumpulan warna ungu zira hanya mendapat tempat kedua . Syukur Alhamdulilah walaupun tidak mendapat yang pertama . Kami berbangga dapat menyertai bersama-sama walaupun belum mengenali dengan lebih rapat. 


   Hubungan itu yang lebih penting iaitu kerjasama yang dapat ditonjolkan dalam melakukan aktiviti bersama-sama. Yang penting kami dah usaha sebaik yang mungkin. Yang penting kita "ENJOY". Dapat release tension juga kan . HEHEHE :) 


      

Saturday, 3 October 2015



-PROGRAM KESUKARELAWAN iM4U-





  
    OKAY...ini adalah program pertama yang zira sertai.Di KAB ,kami dipecahkan kepada 2 kumpulan , iaitu ke Tasik Kejut iaitu berdekatan dengan Fakulti Alam Kejuteraan dan Taman Perumahan Jalan 1 di Bangi. Zira telah diplih ke Taman Perumahan Jalan 1. Di mana, kami menaiki bas ke sana. Kami disambut oleh penduduk taman tersebut dan berkumpul di hadapan surau. Di taman perumahan itu kami dipecahkan kepada 3 kumpulan pula, iaitu ada yang membersihkan kawasan surau , taman permainan dan tadika. Kami diberi peralatan-peralatan seperti penyapu, pongkes, pengorek longkang dan sebagainya.


      Zira telah bersama-sama membersihkan kawasan taman permainan. Aktiviti yang dilakukan ialah mengutip sampah sarap , membersihkan longkang , membersihkan pokok-pokok yang berselerak dan tempat permainan. Sampah sarap dikumpul di satu tempat untuk dibakar. 

    Di surau pula, pelajar-pelajar mengemas kawasan solat, rak penyimpanan al-quran dan yassin , menyapu serta mengemop lantai kaki lima surau. Mereka turut mengecat pembahagian parking kereta dan membasuh van jenazah. 


   Di tadika pula, pelajar-pelajar membersihkan kawasan luar sekitar tadika iaitu mencabut rumput-rumput yang berselerak dan mengecat pagar tadika. Selepas kerja taman permainan dah selesai, zira mengambil pengalaman untuk membantu mengecat. WAHHH :) . serius memang rasa seronok sangat dapat mengecat . Walaupun tak laa secantik atau sekemas mana. 


    Selepas selasai semua tugas, kami makan bersama-sama. Kami menikmati Nasi Goreng Kampung dan sebotol mineral . Setelah selesai semuanya, kami berangkat pulang ke KAB . 


   Okay, pengajaran yang zira dapat pelajari hari ni ialah walaupun tiada diberi upah atau sebagainya tidak bermakna tiada nilai yang dapat diperoleh. Apabila kita ikhlas melakukannya, perasaan itu akan datang sendiri .Percayalah. dan itulah yang dinamakan seorang    SUKARELAWAN.   




    Dan yang paling penting ,bukan di UKM sahaja turut serta, mahasiswa/i dari lain ipta atau negeri turut menyertai nya. Jadi, sememangnya bagus untuk beramai-ramai memeriahkannya. 
Dan juga akan melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai keikhlasan hati dalam melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini.