Saturday, 10 October 2015

BMART ????




  Apa itu BMART ??? Bmart adalah satu kelab yang ada di KAB iaitu satu mini market dan kedai photostat.  Zira telah tertarik untuk menyertainya. Zira pun isilah nama kat borang. Rupa-rupanya pemilihan menjadi ahli Bmart ni perlulah menempuhi satu temuduga. Zira merupakan antara pelajar sesi 12. Kami ditemuduga pada pukul 11 malam. Antara soalan yang ditanya ialah perkenalan diri, bakat, pengalaman , sebab memilih bmart dan juga pemilihan yang hendak dibuat ketika semester 2. Ini kerana, menjadi  ahli BMART  hanyalah pada semester satu. Melainkan akan menjadi Majlis Tertinggi(MT) Bmart .

 
   Pada malam itu, seramai 10 orang berada di sesi 12 itu. Yang paling zira tak suka. Kena berebut nak jawab soalan. Sejujurnya nampak sengit sangat sebab semuanya hebat-hebat belaka. Zira rasa rendah diri sangat. Walaubagaimanapun, zira tetap berjuang dan berebut untuk memjawab kesemua soalan. Okay settle interview. So tinggal tunggu jawapan dan keputusan seterusnya.


    JENG-JENG    Pada suatu malam, tetiba telefon zira berbunyi. Rupanya ada satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah zira terima. Apa yang mengejutkan, ayat yang tertera berbentuk "Tahniah, anda berjaya menjadi ahli Bmart . Sila hadir ke Kem Induksi pada minggu hadapan. 


KEM INDUKSI BMART...


   Aktiviti pertama yang kami lakukn ialah sesi briefing untuk mengenal nama masing-masing.Game yang kami lakukan ialah sebut nama serta gaya masing-masing yang tersendiri. Penat juga la ulang bebanyak kali. Tapi berbaloi laaa . dapat ingat nama semua .HEHEHE. 

    Aktiviti seterusnya,ala-ala kotak beracun. Kami bertukar tempat duduk. Kami diberi satu balang untuk nanti pass ke kawan sebelah. Lagu dimainkan.Apabila lagu berhenti, balang itu berada di tangan siapalah , dia yang kena menjawab soalan dari MT. Jikalau tidak mendapat jawapan, pelajar dikenakan mengambil satu kertas dari balang tersebut dan membuat arahan yang diberikan di dalam kertas itu. Itu dikira denda.

     
     Seterusnya, kami disuruh memandang belakang untuk MT menampal satu kertas di belakang iaitu kertas yang tertera nombor. Rupanya nombor utuk kumpulan. Okay task untuk kumpulan, semua kumpulan diberi wang yang telah ditetapkan seperti kami menerima sebanyak RM3.50. Wang yang telah diterima itu, kami perlu membeli apa-apa sahaja barang di BMART, yang paling pasti , mestilah berharga seperti wang yang diterima. Kira ngam-ngam dengan harga. Kumpulan zira telah membeli Roti Gardenia , sekotak air epal dan gula-gula mint.

     Tugasan seterusnya, setiap kumpulan perlulah membuat persembahan berdasarkan kertas yang telah dicabut undi. Kumpulan zira terpilih untuk membuat boria. Boria kami perlulah mengandungi perkara berkenan barang yang telah kami beli itu. Dalam masa 1 jam lebih , kami bekerjasama membincangkan rangkap-rangkap boria itu. Kira idea ciptaan penuh dari ahli-ahli kumpulan.Tiada istilah "COPY AND PASTE". Setelah siap membuat rangkap tersebut, kami berlatih dalam masa 15 minit untuk mengetahui gaya yang sepatutnya. 


     Kami dipanggil untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Nasib lauk sedap , NASI AYAM ! yummmmyyyyyy :D . . Kami diberi rehat seketika untuk menunaikan solat zuhor dan aktiviti seterusnya bersambung jam 2.00 petang. Sesi seterusnya diteruskan oleh penyelaras BMART bagi menerangkan sejarah, misi dan visi Bmart serta hal-hal yang berkaitan dengan BMART dan Kedai Photostat. 


      Masa yang ditunggu lagi, persembahan di setiap kumpulan, Ada kumpulan yang melakukan sketsa pendek, nyanyian dan turut boria. Kami terpilih untuk membuat persembahan yang ketiga. Dan akhirnya kami berasa sungguh gembira , Kumpulan kami dinobatkan JUARA. Tidak sia-sia hasil usaha kami walaupun hanya berlatih dalam masa beberapa minit sahaja. CAYAA LAHHH . HIDUP BORIA. Kami menerima hadiah yang cukup simple, iaitu sepotong aiskrim kepada  setiap ahli kumpulan. Tak apalah bersyukur jelah . Janji FREE heheheh :) 



 Apapun pengalaman dan ilmu yang lebih penting yang dapat zira perolehi daripada kem yang hanya peruntuk selama 1 hari . Walaupun ringkas , ia tetap bermakna. Dan yang lebih penting , selepas dari kem ini, kami semua akan bekerjasama bersama-sama memajukan kedai BMART dan juga Kedai Photostat. CAIYOKK LAAHHH BATCH 6 !!!WE CAN DO IT ! I LOVE YOU ALL . :p

SATU TANGGUNGJAWAB BERSAMA SELEPAS KEM INI IALAH MENJAGA KEDAI BMART DAN KEDAI PHOTOSTAT SECARA BERGILIR-GILIR MENGIKUT JADUAL YANG TELAH DITETAPKAN .





-I LOVE BMART-




No comments:

Post a Comment