SALAM MAAL HIJRAH 1437
Baru-baru ini , kita sebagai umat islam telah menyambut Awal Muharram yang lebih dikenali sebagai MAAL HIJRAH. Kalau mengikut kalendar barat, Awal Muharram jatuh pada 14 Oktober 2015 , hari Rabu. Dan yang pasti pada hari itu seluruh negeri di Malaysia cuti, cuti umum :)
Apa sebenarnya hari maal hijrah ini?? kenapa dipanggil sedemikian ???
Zira hanya nak kongsikan sedikit sebanyak apa yang zira tahu lahh. Setiap tahun sambutan Maal Hijrah selalunya akan disambut . Setiap tahun , akan mempunyai tema yang bersesuain. Pada tahun ini, tema yang diberikan ialah 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.
Sejarah disebalik Maal Hijrah :
Kisah perpindahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Kota Madinah untuk menyelamatkan islam daripada ditindas.
Rasulullah ﷺ berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat Baginda ketika Baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad ﷺ, bahawa Baginda diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia.
Apabila Baginda menerima perintah daripada Allah سبحانه وتعالى supaya berdakwah secara terbuka, Baginda segera akur. Pada peringkat awalnya, Rasulullah ﷺ hanya memperkenalkan Islam kepada para sahabat dan ahli keluarga terdekat Baginda.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah ﷺ mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap dan berhijrah ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah ﷺtelah diberitahu bahawa kaum kafirun Makkah merancang membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah ﷺpun bermunajat dan menunggu perintah daripada Allah سبحانه وتعالى. Kemudian turun Malaikat Jibrail (as) menemui Baginda untuk memberitahunya Allah سبحانه وتعالى mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, Baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani Baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah ﷺ juga memberitahu rancangan Baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra).
Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah ﷺ walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan kaum Quraish mengepung rumah Rasulullah ﷺ. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah ﷺ. Mereka begitu yakin Rasulullah ﷺ tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh Baginda. Apabila fajar menyingsing, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya yang Rasulullah ﷺbangun dari katil itu.Mereka pun terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah ﷺ keluar dari rumah itu.
Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah ﷺ tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah ﷺ dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah سبحانه وتعالى membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah ﷺdan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah ﷺ. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah ﷺ. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah ﷺ dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah ﷺ dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah ﷺ. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah ﷺ di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah ﷺ akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut Baginda. Rasulullah ﷺ menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat Nabi Junjungan mereka itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah ﷺ mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah سبحانه وتعالى.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullahﷺ dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
Sedikit ringkasan sejarah tersebut :
Tetapi kebanyakkan umat islam menganggap hijrah ini juga sebagai satu azam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Di mana, segala buku amalan kita telah diangkat . Jadi, sebagai tanda maal hijrah, zira berdoa agar kita semua diberikan umur yang panjang dalam melakukan kebajikan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan , bahagia di dunia dan di akhirat serta mengharapkan tahun yang baru ini semakin baik dan amalan pahala yang berlipat lebih ganda diperolehi .AMINNNN.
Oleh itu ,pada hari Selasa tersebut , umat islam akan membaca doa akhir tahun pada waktu akhir asar.Disunatkan untuk memeperbanyakkan istigfar sementara menunggu azan magrib berkumandang. Selepas itu , diikuti solat magrib, bacaan yassin dan membaca doa awal tahun . Berikut amalan yang disarankan dalam menyambut Maal Hijrah ini.
BERSAMA-SAMALAH KITA BERHIJRAH KE ARAH YANG LEBIH DIREDHAI ALLAH S.W.T DAN MELAKUKAN SEGALA URUSANNYA SERTA MENJAUHI SEGALA LARANGAN UNTUK AKHIRAT KELAK. - saling ingat mengingati sesama kita kerana tiada insan yang sempurna di dunia ini.




No comments:
Post a Comment