Saturday, 3 October 2015



-PROGRAM KESUKARELAWAN iM4U-





  
    OKAY...ini adalah program pertama yang zira sertai.Di KAB ,kami dipecahkan kepada 2 kumpulan , iaitu ke Tasik Kejut iaitu berdekatan dengan Fakulti Alam Kejuteraan dan Taman Perumahan Jalan 1 di Bangi. Zira telah diplih ke Taman Perumahan Jalan 1. Di mana, kami menaiki bas ke sana. Kami disambut oleh penduduk taman tersebut dan berkumpul di hadapan surau. Di taman perumahan itu kami dipecahkan kepada 3 kumpulan pula, iaitu ada yang membersihkan kawasan surau , taman permainan dan tadika. Kami diberi peralatan-peralatan seperti penyapu, pongkes, pengorek longkang dan sebagainya.


      Zira telah bersama-sama membersihkan kawasan taman permainan. Aktiviti yang dilakukan ialah mengutip sampah sarap , membersihkan longkang , membersihkan pokok-pokok yang berselerak dan tempat permainan. Sampah sarap dikumpul di satu tempat untuk dibakar. 

    Di surau pula, pelajar-pelajar mengemas kawasan solat, rak penyimpanan al-quran dan yassin , menyapu serta mengemop lantai kaki lima surau. Mereka turut mengecat pembahagian parking kereta dan membasuh van jenazah. 


   Di tadika pula, pelajar-pelajar membersihkan kawasan luar sekitar tadika iaitu mencabut rumput-rumput yang berselerak dan mengecat pagar tadika. Selepas kerja taman permainan dah selesai, zira mengambil pengalaman untuk membantu mengecat. WAHHH :) . serius memang rasa seronok sangat dapat mengecat . Walaupun tak laa secantik atau sekemas mana. 


    Selepas selasai semua tugas, kami makan bersama-sama. Kami menikmati Nasi Goreng Kampung dan sebotol mineral . Setelah selesai semuanya, kami berangkat pulang ke KAB . 


   Okay, pengajaran yang zira dapat pelajari hari ni ialah walaupun tiada diberi upah atau sebagainya tidak bermakna tiada nilai yang dapat diperoleh. Apabila kita ikhlas melakukannya, perasaan itu akan datang sendiri .Percayalah. dan itulah yang dinamakan seorang    SUKARELAWAN.   




    Dan yang paling penting ,bukan di UKM sahaja turut serta, mahasiswa/i dari lain ipta atau negeri turut menyertai nya. Jadi, sememangnya bagus untuk beramai-ramai memeriahkannya. 
Dan juga akan melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai keikhlasan hati dalam melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini.


     

No comments:

Post a Comment