Sunday, 11 October 2015

KEM INDUKSI KAB LAA PULAKK.


 Pada 2 Oktober 2015 , pihak KAB telah menganjurkan satu kem induksi yang akan melibatkan mahasiswa/i tahun satu. Zira turut serta dalam kem ini cuma zira pergi lambat sedikit. Tak gerak sama-sama dengan kawan-kawan yang lain yang berjalan kaki ke Hutan Pendidikan Alam (HUPA) yang berada di dalam UKM juga. Zira tidak dapt ikut bersama-sama akibat zira pergi ke kelas ganti Makroekonomi dahulu petang jumaat itu. Balik jelah kelas, zira terus berkumpul di Foyer  bersama-sama rakan yang lain yang juga mempunyai kelas. Apa yang lebih menguntungkan, kami pergi menaiki kereta. Memang nampak macam tak adil kan, tapi apakan daya bukan kehendak kami untuk pergi lambat. Ada halangan .Apapun zira dapt kedua-duanya sekali . Puas hati, kelas dapat, ke kem pun dapat. HEHEHE. 


   Sampai je ke HUPA , rasa janggal lah jugak, semua pelajar yang lain tengok tak puas hati laa tuu. heee SORRYYY LAHH SEMUA >_< . . bukan sengaja ky. . Pada malam itu, kami diberi tugasan untuk melukis logo kumpulan masing-masing. Kumpulan zira merupakan kumpulan kelima. Logo kami nampak "SIMPLE" tetapi bermakna auw. Sebelum itu, kami semua diberi barang-barang amanah iaitu biskut bergula % keping, jarum 3 batang , lilin 2 batang dan juga 5 batang mancis.


   Agak-agak apa simbol lukisan kumpulan zira???? Mesti semua terfikir semut kan??? Ini bukan semut, bukan kutu tapi ini adalah ANAI-ANAI. .
Statement yang sangat kelakar, dan semua orang ketawa terbahak-bahak termasuk zira sendiri. Moto kumpulan kami ialah "UNITY IS MY PRIORITY".

  Aktiviti seterusnya, game pembelian pulau. Kami diberi 1 juta. Jadi, kami diberi pilihan untuk memilih pulau yang kecil,sederhana atau besar. Malangnya , kumpulan kami hanya sempat mendapat pulau yang kecil. Kami turut disuruh memilih sektor apa untuk dijalankan di pulau tersebut. Sektor yang kami perolehi ialah sektor perindustrian. Kononnya, kami menjalankan perindustrian makanan. Kami turut serta dalam pembelian saham. Sewaktu pengumuman pertama , saham kami jatuh. Kali kedua , kami mendapat keuntungan saham . Lepas itu,dikatakan terdapt bencana alam telah berlaku di kawasan selatan. Itulahh benda paling menyedihkan, kami telah menampal kilang makanan kami di kawasan selatan.Oleh kerana itu, kilang tersebut terpaksa dicabut. Nampak macam kelakar la .Kami seolah-olah tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan . Apabila selesai, kami disuruh mengira kesemua wang tunai dan juga saham , kumpulan kami mendapati mengalami sebanyak 30 000 something kerugian. Game ini mencabar minda dan juga mengikut nasib sahaja. 

  Selepas itu, apa lagi aktiviti kalau bukan "NIGHTWALK". Memang tak sah lah kan kalau tak ada benda ini kalau pergi ke kem. Pada malam tersebut, kami meredah hutan dalam satu kumpulan , dimana kami diberi satu lagi barang amanah iaitu benang yang perlu dijaga sepanjang perjalanan. Yang lebih mengusik minda, kami serba salah dalam menggunakan lilin. Ini kerana, kalau difikir kembali, lilin tersebut merupakan amanah, tak kan la nk guna kan. Tetapi kumpulan kami mengambil keputusan untuk menggunakannya. Kami terpaksa mencari jalan keluar dengan berpandukan tali rapia yang diikat di pokok2 . Tetapi tali rapia itu tidaklah berada di sepanjang pokok , ia bersambung-sambung. Kami turut diberi kata laluan apabila berjumpa dengan orang yang kami rasa itu adalah PC. Kata laluan tersebut berbentuk "Assalamualaikum UKM 7 . No yang dikeluarkan mestilah yang akan dijawab jumlah nya 10. Yang pasti no yang dikecualikan untuk sebut ialah nombor 5. Alhamdulilah,kumpulan kami tidak sesat.Walaupun banyak kali dikacau oleh PC . Akhirnya kami menjumpai jalan pengakhiran keluar.  
   
   Keesokkannya aktiviti "EXPLORE RACE " .





   Terdapat 9 checkpoint yang perlu kami tempuhi. Banyak gak kalau nak cerita satu2. Tapi yang paling menyeronokkan ialah semasa checkpoint dimana kami disuruh berguling di lumpur sehinggalah pakaian yang dipakai sekotor-kotornya.



    Dan akhirnya kumpulan kami dapat mengumpul markah sebanyak 660. Daripada markah yang kami peroleh itu, aktiviti seterusnya berkait rapat. Kami disuruh untuk memasak sendiri makan malam pada hari itu. Daripada markah yang kami dapati itu bertukar kepada wang palsu, yang perlu kami berbelanja untuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak. Kumpulan kami membuat keputusan untuk memasak sardin, sayur kubis tumis dan ayam gunting goreng. Pada masa yang ditetapkan, akhirnya siap kesemuanya. Kami bersedia untuk makan tetapi kami diarahkan untuk bertukar makanan dengan kumpulan lain. Motif dibuat begitu ,untuk memberi pengajaran agar kita belajar memberi dengan hati yang terbuka dan bayangkan jikalau pada awalnya kita disuruh untuk memasak untuk orang lain.Gerenti kita tidak akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. 


   Selesai sudah makan, tetiba kami dimarahi akibat kelakuan yang kami lakukan. Wakil setiap kumpulan dipanggil dan disuruh bumping serta diarahkan memasuki hutan. Kami berasa pelik akan perangai ketua felo kami tersebut. Apabila salah seorang dari kami , ingin  membantu dan mengikut wakil dari kumpulan tersebut,beliau dimarahi dan ditengking. Akhirnya, terdapat pecahan 3 kumpulan dimana wakil kumpulan yang sudah berada di dalam hutan, kumpulan yang ingin mencari wakil kumpulan tersebut dan juga kumpulan yang tidak mengetahui untuk melakukan apa-apa. Keadaan menjadi huru hara. Tetapi apabila kumpulan kedua itu memasuki hutan, kami disuruh keluar dari hutan pula. Kami menjadi bingung dan keliru dengan apa yang berlaku.Tidak tahu mana yang betu dan mana yang salah. Dan akhirnya, setelah kami keluar dari hutan, wakil kumpulan kami pun pulang. Apa yang nak diceritakan , mereka menginginkan kami sedar akan penting nya sebuah kekeluargaan itu. Walaupun semua yang dilakukan iu semua lakonan semata-mata tetapi memberi impak kepada kami semua. Wakil kumpulan dari setiap kumpulan disuruh menceritakan segalanya yang berlaku.

   
   Keesokan pagi, kami diberi tugasan untuk membuat satu sketsa komedi dimana diberikan satu alatan kepada setiap kumpulan. Kita perlulah kreatif dalam menukarkan alatan itu kepada benda yang lain . Jangan mengikut fungsi sebenar alatan tersebut. Kumpulan zira mendapat sebuah gayung. Tidak lahh sesusah mana untuk diubah. Selepas itu, kami diberi amanat untuk melakukan 2 program yang akan dikendalikan oleh pelajar tahun satu . Jadi, kami semua bersepakat untuk membuat pemilihan ketua,penolong, setiausaha dan bendahari program berdasarkan pilihan undian ramai. 

   Kem menghampiri ke akhir program, terdapat ucapan oleh Pengetua Kolej, Ketua Majlis Eksekutif Pelajar, Tokoh Pelajar Lelaki dan Perempuan serta violentier untuk berkongsi cerita mengenai kem induksi ini. Jamuan Nasi Ayam untuk mengakhiri program ini. Yang selama ini kami hanyalah menikmati sardin dan sayur kubis serta biskut kering. 
Kami bersama-sama membersihkan seluruh kawasan sebelum berangkat pulang ke kolej . DAHHH HABIS DAHH KEM  !! BALIKKK !!!








# Pengalaman semakin bertambah yang membuatkan diri kita semakin matang dan berfikiran luas. :)



  

No comments:

Post a Comment