INTERHOUSE KAB...
INTERHOUSE adalah satu aktiviti tahunan yang akan dilakukan pada setiap tahun bagi mencari bakat-bakat pelajar baru tahun satu dalam bidang sukan serta merapatkan hubungan kekeluargaan di kolej. Kami bertandng berdasarkan rumah sukan masing-masing.Acara sukan yang dipertandingkan ialah Futsal (L) dan (P) , Bola Sepak , Bola Jaring , Bola Tampar (L) dan (P).Semua acara ini dilakukan di padang UKM.
Zira telah menyertai acara Bola Jaring . Futsal dan juga Bola Tampar. Zira merupakan ahli kumpulan warna ungu atau lebih digelar "RAYVENS".
Sewaktu acara Bola Jaring, kumpulan kami dapat ke pusingan terakhir iaitu lawan dengan kumpulan kelabu.Tetapi rezeki tak menyebelah , kami hanya mendapat tempat kedua sahaja.
Acara Futsal pula, kami tidaklah sehebat mana, kami hanya mendapat temp;at ketiga. Kami tewas sewaktu lawan dengan kumpulan warna "OREN" . Dan keputusan futsal di pusingan akhir turut dijuarai oleh kumpulan kelabu.
Seterusya, acara Bola Tampar , seperti biasa kami bertemu dengan kumpulan warna kelabu, Turut tewas di pusingan akhir.Kumpulan Kelabu menguasai tempat pertama . Ini hanyalah keputusan pertandingan perempuan . Yang lelaki punya zira tak tahu sangat. Yelah . sibuk berlawan . Jadi tak tahu kesemua nya.
Apapun , keputusan rasmi yang dikira berdasarkan keseluruhan acara lelaki dan perempuan , kumpulan warna kelabu dinobatkan tempat pertama walaupun katanya kumpulan lelaki mereka tidaklah sehebat kumpulan perempuan. Tak mengapalah. rezeki mereka . So , kumpulan warna ungu zira hanya mendapat tempat kedua . Syukur Alhamdulilah walaupun tidak mendapat yang pertama . Kami berbangga dapat menyertai bersama-sama walaupun belum mengenali dengan lebih rapat.
Hubungan itu yang lebih penting iaitu kerjasama yang dapat ditonjolkan dalam melakukan aktiviti bersama-sama. Yang penting kami dah usaha sebaik yang mungkin. Yang penting kita "ENJOY". Dapat release tension juga kan . HEHEHE :)


No comments:
Post a Comment