Saturday, 17 October 2015

HAR SUKAN NEGARA


Apa itu HARI SUKAN NEGARA ???

     Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.Maka dengan rasminya Hari Sukan Negara pada tahun ini ialah 10 Oktober 2015. 

    Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

     Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.


       Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.





     Maka, pihak UKM turut menjayakan hari sukan negara ini dimana pada hari Jumaat ( 9 Oktober 2015 ) . Zira terlibat dalam menjayakan program dimana CITRA ASAS PENGURUSAN ACARA DAN ASAS SUKARELAWAN dianggap penganjur program tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlaku.

    Zira dilantik sebagai AJK Dokumentasi di mana zira bersama-sama ajk yang lain hanya mengambil gambar dan merakan video sepanjang program itu dijalankan.Selain itu, mengambil gambar lengkap AJK-AJK dan pihak lain yang secara langsung atau tidak dalam menjayakan program tersebut. Kami turut akan membuat video multimedia dan laporan keseluruhan  program .


    Hari Sukan Negara itu dijangka akan  bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada 7.00 petang. Ia berlangsung di Stadium UKM . Aktiviti yang dijalanakan ialah Marathon SenamRobik selama 4 jam yang dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar senamrobik.






     Selain itu, CITRA ASAS SPORT MASSAGE turut terlibat dengan memberikan urutan secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Mereka menggunakan teknik-teknik urutan sukan yang betul dalam urutan kaki. Urutan diberikan dalam masa 10 minit.  Zira turut serta merasai sendiri urutan tersebut. Seronok pulak rasanya taw. :D
Hilang lenguh kaki ni. hahahaha





       Aktiviti lain ialah bola padang yang dijayakan oleh pelajar-pelajar CITRA ASAS BOLA PADANG . Ia dapat melatih para pelajar yang baru menceburi dan merasai pengalaman bermain bola padang. Setakat itu sahaja yang dapat zira kongsikan kerana akan disebabkan zira mempunyai kelas ganti sewaktu petang itu, zira agak sedikit lambat ke stadium. 

   Walaubagaiamanapun, kami semua berpuas hati dalam bersama-sama mnguruskan program ini.Sedikit sebnayak pengalaman dan ilmu yang dapat zira perolehi daripadanya. Kami dapat belajar sesuatu daripadanya . 
Enjoy dalam melaksanakan tugas itu penting kerana walau penat mana yang kita rasa, kalau kita enjoy , mesti rasa penat itu akan hilang. Dan yang lebih penting , ikhlas dalam menjadi sukarelawan dan tidak menharapkan apa-apa balasan .

 SETTLE ! DONE :)








        

No comments:

Post a Comment